Monday, December 28, 2015

DIY doorgift kahwin

Kalau korang ada tercari-cari barang plastik atau bekas utk buat doorgift perkahwinan yang murah boleh la datang kedai WAKIM ni di area berhampiran dengan Chow Kit . Boleh rujuk website kedai ni http://www.plasticcontainer.com.my/.


Ada macam-macam barang di jual kat kedai ni. Macam dolly paper pelbagai kaler dan saiz, bron paper bag, kotak etc.

Akak beli kotak utk letak glass ikea Reko. 
Untuk doorgift perkahwinan adik, akak buat cenggini:
Glass ikea reko
Peanut Candy
Kurma

Akak alas dulu dengan dolly paper. Dolly paper tu kalau tak silap RM3.90 for 100 pieces. Kotak silver dapar RM0.296/piece.

1,080 doorgift dewasa in progress...Within 4 days alhamdulillah siap dengan pertolongan sepupu dan makcik. Background belakang tu cik abe tgh sibuk cat rumah eheh. Kami cat luar dan dalam rumah sendiri gak..jenuh weh...semalam akak pon cat rumah gak sampai malam sama-sama hubby. Settled! Minggu ni rumah dah ala2 mini tsunami. 

Tu dia..last touch up akak letak riben kain. Seriyes jenuh sgt weh. Akak nasihatkan korang guna riben satin je senang tayah guna pistol gam, just guna cellotape. Dengan tangan akak pon tertembak jugak akakak

Perihal sticker kahwin untuk door gift..

Tempah kosnya RM150 utk 1000 pieces
VS
Buat sendiri kosnya < RM20

Akak memilih buat sendiri sebab lebih jimat ekeke. Orang buang je pon kan label tu. Lagi cun kalau korang ada printer kaler.

Cara-cara:
1. Beli kertas sticker RM3.30 untuk 10 keping. 1 keping kertas akak dapat 36 unit stickers.
2. Buat sticker DIY guna powerpoint. Ikut kreativiti masing2. Akak buat in less 10 min je, tak sempat weh. eheh
3. Print
4. Potong
5. Tampal

Mudah je kan? kan? korang kalau ada masa buat le ni awal2. Akak ni agak last minute gak
Imagine kalau ada printer kaler sure lg cun kan...

Ok so akak suggest korang gi kedai Wakim yg baru ni tau..lebih luas dan ada parking utk kereta or motor. Akak naik motor je..Terhoyong hayang bw 1050 kotak ekekek


Untuk doorgift kekanak, akak buat lebih simple..gegula , ceklat, sumi letak dalam kotak ada riben ni..kotak ni mahal la RM0.35/piece. So better korang car yg lagi murah tau..masa tu akak tak riki2 kat kawan-kawan yg ada pengalaman :)


So apa kelebihan buat doorgift sendiri?
1. Lebih jimat
2. Mengeratkan ukhwah antara keluarga 

:) Ya Allah permudahkanlah urusan perkahwinan adikku Jumaat dan Sabtu ini...amin YR.

5 comments:

Azian Elias said... Reply To This Comment

salam sis.. suka sangat ke tpt2 macam ni..

about India..siapa kata susah.. if u wanna travel to Kashmir just let me know.. INSHALLAH mudah je.. this is my number.. if u need any infos, lemme know ok.. 0192129958.. Azian.

Farikica said... Reply To This Comment

Buat door gift annual dinner/lunch pon ok ni

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

Salam sis..tqvm sure sy simpan no u ok..byk nk tanye nnti

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

Ye ok sgt fari hehe

gerobokcikdynn said... Reply To This Comment

kami ada buat khidmat diy doorgift . nak bagi idea sendiri pon boleh . nanti kita bincang. kami bagi harga murah-murah je. whatsapp 01112971868