Tuesday, September 9, 2014

Last day in Jeju Island!

Last day in Jeju ni agenda kami free and easy gitu heheh...so weols decided to go Museum dulu. Disebabkan hari ni kluar lambat so kami terus brunch berat kat rumah baru check-out. Jeju National Museum ni terletak di Jeju City dan tiada bayaran masuk dikenakan.

Amik gambar pokok bawang dulu sebelum ke Jeju City. Tempat ni betol2 berdekatan dgn Jeju Feel House.

Jeju National Museum 



Hujan renyai2...orang pon tade 
Ada section for children..dapat la budak2 ni main kejap

Boleh pakai hanbok for free

Dongmun Market 


Dari Museum kami bergerak ke Dongmun Market. Jangan risau ada je kawasan parking kete antara celah kedai-kedai tu. Bayaran ikut hour ..harga ok.
Dongmun market ada 2 section..1 basah bahagian atas jual ikan, stokin, boots, etc. Dan bahagian bawah ( undergorund market) byk jual tshirt, cosmetic dan skincare.

Dah puas mengabeskan beribu-ribu won kami solat dulu  ( tapi dah tak ingat kat mana, boleh?) . Lepas tu pulangkan kereta. OTW balik nak return car tu barula perasan actually sepanjang jalan menuju Epot tu kebanyakkannya adalah Car Rental Co.  Sama macam Kumho Rent a car, company ni pon provide bus to airport. So uols tayah risau yer lepas pulang kete tu nak gi epot cemana.

Balik kali ni kami naik T'way Airlines. Nasib badan, delay another 20 min. Sama macam Jejuair, dapat 1 gelas air kosong/orange juice. Tapi x dapat belon..huhu keciwa sangat anak2 
T'way punya landing smooth jer..I like..kali ni dapat merasa 2 airlines yg berbeza ehehe.
Dari Gimpo Domestic Airport kami bergerak ke Gwanghaymun dengan train. Senang je, direct tade tukar route. Mujur Internet is available everywhere, aku berwassap dgn owner apartment. Die jemput kami kat luar station. Dr station ke apartment tak jauh pon jalan kaki.

Alhamdulillah sampai Seoul dengan selamatnya menjelang malam. Apartment Seoul mmg jauh lebih hebat dr Jeju. Modern style segala mala canggih dr rice cooker yg ada jam dan radio sampai la ke washing machine dan dryer 2 in 1 hehe. Sampai2 masak bagi keluarga makan dulu. Lepas mandi dan solat, aku dan hubby jejalan area Cheonggyecheon Stream

Cheonggyecheon Stream



Masa ni dah penat yg amat. Jam hampir 12midnight. Sempat la stroll around the stream dan gi minimart beli brg keperluan dapur. Jumpa zu's family kat sini. Anak2 die masih aktif hehe

2 comments:

mamabeauty said... Reply To This Comment

ohh bestnya sendiri yang arrange.. sometimes saya tak bapa suka dgn tour yang packed dan memenatkan

terima kasih kerana berkongsi disini..

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

mamabeauty,kan.. jln backpackers sendiri ni best dan jimat wang ehehe