Thursday, July 10, 2014

Pengajaran dari Ramadhan yg lalu..

Ramadhan pastinya dinanti setiap org Islam kerana setiap ibadah akan memperoleh berlipat ganda pahala berbanding bulan2 lain.

Jesteru itu, ada sedikit kelainan aktiviti Ramadhan kami tahun ni setelah berbincang dengan hubby ( improvement).

1. Elak minum air sejuk ketika berbuka kerana air sejuk menyebabkan badan kita lesu dan ini bakal menjejaskan ibadah malam. Dah Smiley memilih air green tea alone atau tambah lemon sket everyday untuk kekal cergas.

2. 3 biji kurma waktu sahur dan berbuka.

3. Berbuka dgn kurma dan air dahulu, kemudian solat. Selepas solat maghrib baru kami makan berat. Tapi anak2 makan berat terus sebab lapar. Jika tahun lepas kami buat carta puasa sbb nk encourage depe puasa, tahun ni x buat langsung sbb anak2 dah matang bab puasa. So far tade drama2 emosi sepanjang ramadhan alhamdulillah4

4. Beli baju raya awal.

5. Kuih raya siapkan sebelum masuk 15 ramadhan terakhir. Ini kerana biasanya Smiley wat kuih raya average 3-4 jam. Lepas buat kuih raya mmg penat dan ini boleh menjejaskan ibadah..dhuha pon terlepas..tadarus kurang..alangkah ruginya.

Kuih raya 3 dah siap. Tinggal 1 je lg nk buat Sabtu ni insyallah. Tahun ni cukuplah 4. 3 kuih raya yg dh siap tu sesuai utk kesukaan anak2..separuh balang kene sorok kiki.

Cornflake madu

Nestum crunchy. Highly recommended. 

Makanya Smiley mmg bersetuju dgn tindakan ibu2 yg siapkan atau tempah baju raya utk seisi keluarga awal2 so tadelah dok terfikir2 atau sibuk nk cr ms Ramadhan.

Masuk dah minggu ke-2 Ramadhan..maghfirah iaitu keampunan..semoga kita terus Istiqamah.

Resipi Nestum Crunchy


Bahan :
250gm butter
2 cawan tepung gandum ( guna tepung cookies)
1 cawan tepung jagung
Tambah sket baking powder
3 cawan nestum
1 cawan gula caster
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati
3. Masukkan semua tepung dan nestumuli hingga sebati

4. Bentukkan dan salut dengan nestum. Bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165'c (ikut oven)

4 comments:

LiTtLe^m3 said... Reply To This Comment

Hebat... Bagus perancangan tu... Cam sedap je nestum crunchy tu.

Yusmawati Paiman said... Reply To This Comment

kita memang perlu rancang setiap perjalanan hari kita, supaya hari itu tidak sia2 saja kan...

Rajin dah buat biskut semua...

Aneez Jaafar said... Reply To This Comment

bagus-bagus.. boleh ikut juga ni. thanks sharing.. rajin buat biskut.. nampak pun sedap.. nyum2.. apa pun tingkatkan ibadah di bulanpuasa. inshaaAllah..

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

Baiti, mmg sedap..anak2 makan abes dah 1 balang hehe

Yus, btol2 setuju..jgn sia2kan setiap saat waktu

Insyallah Aneez, itulah matlamat utama..tingaktkan ibadah..sbb tu all aktiviti kene plan btol2 :)