Sunday, May 18, 2014

Frugal tip: ubahsuai baju lama

Assalamualaikum..

Ok hari ni akak nk kongsi 1 tips penjimatan yg amat mudah.

Sebelum tu soalan: apa uols buat dgn baju blouse yg dah lebih 5 tahun & dah rase mcm dah bosan nk pakai atau kelihatan agak lusuh?

Rata2 ramai yg akan jawab: derma kat orang yg memerlukan. Memang betullah tu. Tapi kalau lusuh benor dan segan nk kasi org boleh cuba cara ni.

Bahan2 yg diperlukan:
1) Baju dah tak cun anggaran lebih 5 thn
2) Saiz badan masih sama
3) Gunting
4) Benang dan jarum

Baju blouse akak yg dh lebih 5 tahun kelihatan mcm dh tak berapa ohsem. So gini akak buat:
1) Potong lengan baju jadi lengan pendek
2) Jahit kelim lurus bahagian yg dipotong
3) Siap! Cara pemakaian: mix n match dgn cardigan. Akak suke btoi tukar2 kaler cardigan hihi..jimat pon jimat!

Ni bajunya yg dah siap dipendekkan lengannya...

 Ada 4 blouse akak dh potong lengan..sbb dh lebih 5 tahun..
 Lengan yg dh dipotong boleh wat kain lap

Butang dr blouse lama boleh diguna semula

Ok ni baju2 tu in action!

Casual style..Masa kuar makan dgn keluarga kat Ikan bakar jln bellamy..cardigan hitam..cardi ni akak x suke pakai ke opis sbb bukan cotton..tah kain apa tah

Style di pejabat hehe..cotton cardigan merah...Akak berkaki ayam tu sbb baru lps solat tau..

Akak ada 3 cardigan..kaler hitam, merah & kelabu. Baru kejap td beli lagi 1 cardigan kat lelong..ada offer ..murah jugak! Harap2 kualitinya ok hihi

Uols ada tak tips penjimatan lain bab baju2 ni? Kalau kasi tips TAYAH beli baju langsung tidak diterima pakai ekkeek :p

Insyallah ikut angan2 nk beli lg 1 cardigan kaler hijau kot kat Seoul nanti hehe

3 comments:

Sharinginfoz said... Reply To This Comment

Memang kreatif

LiTtLe^m3 said... Reply To This Comment

Tambah labuci/manik kat lengan baju atau lace?

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

Baiti, boleh gak tu..tp akak idokler..malas le nak jahit2 labuci ehehhe