Wednesday, December 4, 2013

Hijrah

Aku sangat terkesan dengan kisah Allahyarham Ammar. Tak pernah kenal pon, tapi membaca ceritanya sahaja telah buat kita rasa sangat kagum dgn anak muda ini.

Pengajaran yg amat penting buat ku sbg ibu:
1) Didikan agama perlu ditekankan sejak dr kecil
2) Ibu perlu tunjuk contoh kpd anak2. Bukan setakat menyuruh shj. Melalui tindakan kita berharap anak akan mencontohi kita
3) Doa buat anak2 menjadi anak soleh tiap kali lepas solat
Dan byk lagi..sekarang aku tgh kumpul maklumat berkenaan sekolah men agama berasrama dr kakak2 pejabat supaya kami boleh bersiap sedia dr segi rohani, mental & kewangan. Kakak2 di pejabat sgt membantu.

Berbalik kpd tajuk Hijrah. Sedikit perkongsian dr Forum Maal Hijrah di Masjid Al-faizin ahad lepas...

Hijrah bermaksud Berpindah. Kita sewajarnya berhijrah sikap & tuturkata. Jaga Akhlak- pesanan ustazah form 4 yg masih ku ingat sehingga kini.

Hijrah memerlukan Jihad & Pengorbanan.
Jihad melawan hawa nafsu adalah asas kepada Jihad yg sebenar.

Hijrah dalam sebuah negara bermula dengan pemimpin. Manakala dalam institusi keluarga ia bermula dengan ketua keluarga.

Hidup ni tak mulia dengan harta semata-mata. Tak kaya..tak banyak harta takpa asalkan hidup berkat. Berkat boleh dicari dgn pelbagai cara ie zikrullah, sedekah, tadarus al-quran etc.

Mulakan hijrah. Semoga bermanfaat.

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...