Sunday, June 2, 2013

Pengalaman Lasik di PCMC, Prof Dr Muhaya

Lama dah meyimpan impian nak buat Lasik. Kira-kira 3 tahun lepas, tapi terpaksa ditangguhkan kerana mengandung dan menyusukan Maher. Akhirnya, minggu lepas terlaksana juga impian ini. Alhamdulillah..dan dikala ini Maher masih menyusu lagi di waktu malam. Since power mata tak beza antara sebelum dan selepas mengandung/menyusu so boleh proceed Lasik.



17 May 2013
Tarikh eye assessment. Untuk buat appointment hanya perlu hubungi klinik mata PCMC ni boleh rujuk website PCMC. Kami benornya buat lasik berjemaah dimana ada 6 orang kesemuanya. Dah tu aku la yg dok lead appointment semua orang..pening gak budak tu nak melayan kami hehe..asek2 bertukar tarikh. Kami mmg saja buat berjemaah dengan niat nak dapat group discount kat Prof Muhaya :D

Pada hari eye assessment pesakit tidak digalakkan memandu sendiri sebab mata akan blur at end of the assessment. So hubbyku hantar pepagi sebelum die gi koje. Masa assessment tu mata kita akan melalui pelbagai ujian melalui mesin dan juga ujian manual. Memang kiranya ujian2 itu setanding la dengan kosnya berjumlah RM650. Sekiranya mata kita layak utk Lasik, bayaran assessment adalah termasuk kos keseluruhan Lasik. Jika tidak berjaya , pesakit tetap perlu membayar RM650.

Eye assessment yg aku jalani agak lama. Patients ramai. Alhamdulillah rasa lega bila Prof kata mataku boleh di rawat melalui kedah Lasik. Lepas bayar RM1K, aku gi amik ubat dan hubby pon datang jemput. Masa ni mmg mata dah blur, dah tak boleh melayan whatsapp hehe. Aku dapat 1 day MC. MC pertama tahun 2013 hihi. Lepas tu singgah Sg Wang lunch Nandos. Walaupon kepala agak pening dek kerana mata blur, makan tetap sedap huehue :p

30 May 2013
Tarikh yg kunanti-nanti! ewah. Siap hubby cuti nak memberi sokongan moral cum jd driverku hihi.
Dalam 6 of us, aku la org first yg menyerah diri awal untuk dilasik. Kekdahnya dah tak sabau2. hahaha

Sebelum di lasik, pesakit ditempatkan di satu ruang rehat dimana kami perlu memakai baju hospital dan head cover. Owh dapat skali bekal makanan. Disitu kami sepatutnya berehat dan bertenang..tapi sebaliknya kami semua pesakit ( kebetulan semua perempuan yg ramah tamah) dalam 5 orang takleh dok diam..yer la kan...cuak. Bila sorang je dah keluar Operation room, terus kami interview! hehe..1st skali patient tu kata " tak sakit langsung". fuhh lega dengar hihi

Sememangnya aku rasa sangat berdebar dan cuak. Tapi lepas masuk je operation room yg rasanya amat damai dengan alunan zikir, rasa relax sket. Then Prof masuk dan memberi kata2 motivasi lagi la terus tade takut2. Begitu besar impak kata2 seorang Prof yg dikagumi orang ramai.
Semasa Prosidur Lasik, ahli keluarga dibenarkan melihat pesakit dari luar Operation Room. Makanya hubby tercinta merakam gambar2 dan juga rakam movie kenangan buatku hihi. Prosidur Lasik kejap sangat ..dalam 15 min kot. Tapi mata kita kene laser tu just few seconds ja. Mata pesakit dibius dengan sejenis eyes drop. Bukan jarum suntik ya! Lasik mmg langsung tak sakit. Lagi sakit kalau lengan kite kene suntik amik darah. Serious tak tipu. Kesan ketidakselesaan hanya berlaku selepas lasik dimana mata ada rasa pedih dan kering. Prof kata ianya memakan sedikit masa.
Pesakit perlu la menjaga mata dengan kaedah yg betul dan ubat titisan mesti digunakan mengikut tempoh yg ditetapkan.

Setakat hari ke-4 hari ini aku masih mengalami mata kering dan rasa macam ada contact lense melekap. Makanya kene kerap lagi letak eyes drop tu. Dari segi vision, semua tulisan jauh2 dah boleh tengok..alhamdulillah kagum plak aku. Semalam masa keluar gi kedai, semua tulisan jauh2 sepanjang jalan tu aku baca eheheh..cuma sharpness tu masih belum dapat 100%.

Personally I feel this is a very worth investment utk orang2 rabun. Dah 19 tahun aku pakai glasses..skrang tidak mahu berkata mata sebab aku nak bebas snorkeling & swimming! hehe ok dah jawab dah reason tu dalam kajiselidik Lasik PCMC. Jadi sesiapa yg bercadang nak buat, silakan..kumpul dana dari sekarang..dan jangan takut :). Sapa rasa nak tgk video my lasik pon boleh..mai2 tengok.

Pesakit kene label dulu..ye la kang tersilap laser "power" orang lain

Di luar Operation Room:

Dah masuk Operation Room..mata nak kene bius

 Ready for Lasik! dup dap dup dap

Alhamdulillah..ni pose wajib sebagai bukti buat Lasik dgn Prof Dr Muhaya hihi


19 comments:

y@tipruzz said... Reply To This Comment

dgn itu silalah lead panggilan pulau ok!!

LiTtLe^m3 said... Reply To This Comment

wow.. dah buat... jeles nya... hmmm hubby ku tidak memberi sokongan sepenuhnya lagi.. nanti nak suruh dia baca entry akak :)

mirah said... Reply To This Comment

Assalamualaikum wbt

First time baca blog ini.
Byk resepi kek dan pengalaman gi travel. Saya suka. Sebab saya suka travel juga Tapi bab baking belum try lagi. Kena ambil resepi dulu ni.

By the way, blh share kos keseluruhan buat LASIK ni. Tq

Mirah

Nieza Ishak said... Reply To This Comment

Wahhhh, Nieza pun ada keinginan jugak buat lasik. Rupanya takla sampai ribu riban .... ;)

Smiley said... Reply To This Comment

Yati, jom2 redang ya next year

Baiti, awat hubby tak sokong? x confidence lasik ya?

As-salam Mirah, kos asalnya RM6990 untuk pesakit berumur 35 tahun ke bawah. Tapi sy nego grup diskaun dapat RM6500.

Nieza, Kos as mentioned above

atulhani said... Reply To This Comment

baru nak tanya berapa total kos.. tengok2.. banyak tu.. hurmm x jadilah nak hadiahkan kat hubby hehehe.. sebab tak mampu hehe

Smiley said... Reply To This Comment

atul, wahh hebat nak hadiahkan hubby..akak invest utk diri sendiri ..mmg best btol dah bebas berkaca mata

♥ ROS ♥ said... Reply To This Comment

Subhannalllahh... Kagun dgn prof muhaya... :)

A said... Reply To This Comment

Salam Farra. Vision macam mana skrg? dah 100% bebas rabun tak? any complication ke for the frist few days? kena ada follow up ke? Kita dah lama berangan2 tapi hub takut..dia kata der mata pun tak buat lasik..

Smiley said... Reply To This Comment

A, alhamdulillah on 7th day kiranya 100% visison dah normal..mmg tak rabun dah..HIGHLY RECOMMENDED! buat la..mmg no regret@A

Salfiza said... Reply To This Comment

saya pun baru buat lasik semalam. best!

Laila Baiduri said... Reply To This Comment

A'kum Farra,
I am interested nak buat Lasik..tp perasaan takut makes me very resistant. Mungkin after consultation dgn Prof Dr Muhaya baru boleh rasa better. Farra ada apa2 tips tak sebelum/semasa consultation tu..saya plan insyaAllah lepas raya kot..TQ :)

lilac said... Reply To This Comment

Jap nk tnya...total 1650 je la...xyah msuk ward bgai la ni...blk hr y sm...

lilac said... Reply To This Comment

Assalamu'alaikum. ...nk tnya...so total utk lasik ni rm 1650 je la...xyah msk ward bgai ek...blk hr y sm la ye

:) said... Reply To This Comment

Assalamualaikum. total cost rm6990 tu include rm650 dengan rm1000 tu ke? ke cost rm1650 tu kira asing?

:) said... Reply To This Comment

Assalamualaikum. Cost rm6990 tu include dgn rm1650 yg you mention dekat entry ni ke? ke dia kira asing? thank you.

Nurul Syahirah said... Reply To This Comment

Asslamualaikum.tumpang tanya. Sebenarnya total cost for this treatment rm6990 or 1650?
Tadi saya baca comment di atas, harganya rm6990. Sekarang rm1650. Yang mana satu?

Nurul Syahirah said... Reply To This Comment

Asslmualaikum. Saya nak tanya sebenarnya total cost for this treatment rm6990 or rm1650?

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

RM6500 sis@Nurul Syahirah