Thursday, May 9, 2013

PRU 13


Sejak layak mengundi kami tidak pernah mengabaikan tanggungjawab ini. Kali pertama mengundi dulu aku tak ingat pon aku pangkah parti mana..pendek kata for the sake of mengundi..ikut je parti yg hubby/parents pangkah..ehehe..Masih budak mentah dalam dunia politik. Masa tu umur 24 tahun, tengah heavily pregnant..sampai je sek terus dapat potong Q. 

2 kali PRU yg lepas, hubby balik sorang je mengundi di kampung beliau. Naik bas je sbb sorang lebih jimat. Tapi kali ni hubby nak kami ikut jugak. Maka terpacaklah aku seawal sebelum 8am untuk beratur. Ingatkan dah awal..tapi ramai lagi yg lebih awal. Tapi mengundi hanya bermula 8am. So sambil menunggu dok berchamwhore kejap ahaks. 

Sempat tuh! ahahha

Selesai aku mengundi kami pon terus zass balik Utara. Alhamdulillah perjalanan amat lancar ..sampai sek tempat mengundi, hubby mengundi dan kami terus pulang ke kampung. Meriah keadaan di kampung sebab semua adik beradik balik kg..macam balik raya la. Yang tak balik only our BIL & SIL sekeluarga yg berada di Aussie. 

Setiap kali balik kampung aku mesti tak rasa lengkap kalau tak bawak kek....kali ni aku bawa Wholemeal Carrot Moist Cake :)

Suasana di area Bukit Merah menjelang tengah hari..

Tempat mengundi hubby: 

Wholemeal Carrot Moist Cake 
  
nyum nyum nyum..

PRU 13 menunjukkan penigkatan jumlah pengundi terutamanya golongan belia. Syabas! Pilihanraya kali ini membawa harapan yg lebih besar kepada kita semua rakyat Malaysia..Semoga kepimpinan yang terkini membawa perubahan dan kemajuan yg lebik baik tidak mengira bangsa...

2 comments:

LiTtLe^m3 said... Reply To This Comment

uhhh.. kak gigihnya balik ke kedah pulak! aku merindui moist carrot cake mu kak... dh start ambik tempahan semula?

Smiley said... Reply To This Comment

adik..akak amik tempahan sket2 je..delivery di rumah..no delivery kat opis sbb gi opis naek motor :)