Monday, February 4, 2013

Pecan Butterscotch Cake Resipi II

Pertama kali aku kenal Buterscotch ni adalah pada saat Roti Butterscotch diperkenalkan oleh Gardenia. Masa tu mmg dah jatuh chenta la! Tapi masa tu macam tak terfikir lak nak google resipi butterscotch. Now I know it's a combination of brown sugar, milk & salt.

Semalam aku mencuba Pecan Butterscotch Cake kali kedua. Kali pertama dulu adaptasi resipi Martha. Kali ni combinasi resipi Ita dan Martha dan resipi pertama haritu.

Pecan Butterscotch Cake
Rujukan: Ita masam manis , Martha Stewart, Resipi I Pecan Butterscotch


Mula-mula aku cadangkan korang buat Butterscotch Sauce dulu ok?

Sos Butterscotch
2/3 susu
2/3 brown sugar
2.5 sudu mentega
Sedikit esen vanila & secubit garam ( optional)

Cara-cara:
1. Masak semuanya dengan api yg perlahan..masak sampai kuah pekat.

Kalau korang gugel cara org lain byk steps..aku punya mudah jer..Bila-bila free buatlah..so masa wat kek tu tade la rase cam lama sangat. Aku wat awal2 dan masukkan dalam glass jar gini..Sos ini juga digunakan utk buat cream cheese frostingnyer nanti ok

Kek Vanilla Butterscotch 
275gm tepung naik sendiri ( kalau guna tepung cake pon boleh)
1 sudu teh baking powder (tak perlu kalau dah guna tepung naik sendiri)
1/2 sudu teh baking soda
Secubit garam
~Ayak semua bahan-bahan di atas

150gm mentega tanpa garam ( love it so much!)
210gm brown sugar 
2 biji telur
2/3 cawan buttermilk ( susu biasa suhu bilik campurkan dengan 1 sudu besar cuka, biarkan 5 min)
Sedikit esen vanilla

Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula dengan kelajuan tinggi sampai kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sampai kembang
3. Masukkan tepung dan buttermilk berselang seli dan gaul sebati
4. Bakar menggunakan loyang 8 inch selama 45-50 min / sehingga masak.


Butterscotch Cream Cheese Cream
250gm mentega tanpa garam
300gm cream cheese
2 sudu besar sos butterscotch
Gula icing secukop rasa ( mesti diayak)- anggaran setengah cawan

Cara-cara:
1. Pukul mentega, cream cheese sehingga kembang. Masukkan sos butterscotch dan gula icing sedikit demi sedikit. Rasa kemanisan krim mengikut citarasa.

Kacang Pekan bercaramel
1 cawan kacang pecan - bakar dalam oven selama 14 min
40gm brown sugar
2 sudu madu
Secubit garam

Cara-cara:
1. Cairkan brown sugar dalam sauce pan. Pastikan tidak hangus
2. Masukkan madu dan garam. Kacau sehingga pekat.
3. Masukkan kacang. Alihkan ke atas baking paper.
4. Cincang kacang

Deko kek 

1. Potong kek kepada 2 bahagian.
2. Paipkan sos butterscotch keatas lapisan kek yg pertama
3. Letakkan kacang pecan bercaramel
4. Paipkan cream cheese krim
5. Letakkan lapisan kek ke-2 dan sapukan cream cheese krim rata ke seluruh kek
6. Paipkan sos butterscotch keatas kek dan hias mengikut kreativiti
7. Taburkan kacang pecan disekeliling kek








Lesson learn dari resipi kali ni adalah..kalau nak mudah sket boleh la guna toasted pecan..tak perlu caramel kannya pon dah ok rasanya..

Selamat mencuba :)

5 comments:

y@tipruzz said... Reply To This Comment

sedappppp sgt! tp wiken ni nk wat rv la plak kat kg..mak ude suke :) diri sendiri pon dah teringat2 kat rv hihi

shazrina said... Reply To This Comment

kak farah buat lagi kek ni??? renyah kan?? tabik laaa kat kak farah ..selalunye kalo saye tingin nak makan kek ni, saye men beli je kak ..tak siyo teman nak membuatnye :D

Smiley said... Reply To This Comment

Shaz, renyah la..next time malas wat pecan bercaramel..toast aje pecan cukop le :p

yanAzhad said... Reply To This Comment

salam.. nk tny reswpi sos bscotch tu 2/3 cawan eh..utk susu n brown sugar

Farra Da Smiley said... Reply To This Comment

yer Yana..lebih kurang gitu la..dpt lebih dr 1 kek @yanAzhad