Wednesday, January 30, 2013

RosemaryLemon & Black Pepper Roast Chicken

Roast Chicken is always our favorite western dish in the house. Selama ni memang buat Black Pepper version jer..kali nk saje nk try Rosemary Lemon Chicken. Rasanya sangat2 sedap! Highly recommended. Jom tengok resipi. Bahan utama dapatkanlah ayam dulu dr pasar malam.

Cam biasa saya suka prepare in advance..tak la advance sangat hari Ahadnya pon..Ahad minggu lepas...sebabnya boleh jadi menu dinner on our weekdays. Hari keje nak masak mudah je campak2 dan makan.

Dari kiri: Steak Daging, Black Pepper Chicken, Rosemary Lemon Chicken

Rosemary & Lemon Chicken 

Bebahan:
Mixed herbs (Mccormick)
Rosemary (Mccormick)
Fresh rosemary
Lemon ( guna air perahan lemon dan juga kulitnya)
Garlic
Butter
Garam

Gaul semua dengan ayam dan peram at least 4 hours. Tapi saya peram lebih 1 malam..yela ..kan nak masak on weekdays

 Sebelum dibakar..mmg over letak daun rosemary! haha nak wat cemana..sepeket rosemary tu dpt byk..dah sedekah pon kat Zu & Yati
Just out from oven...

BlackPepper Roast Chicken with black pepper sauce

Bebahan:
Mixed herbs
Black Pepper bukan serbuk tapi yg kasar2 tuh
Garlic
Minyak Zaitun
Garam
Sos tiram

Gaul semua dengan ayam dan peram at least 4 hours. Tapi saya peram lebih 1 malam..yela ..kan nak masak on weekdays






Sos:
Susu
Black Pepper kasar
Bawang Holland potong dadu
Butter -2 sudu
Cendawan butang hiris
Sedikit tepung gandum untuk pekatkan kuah
Kicap
Garam

Masak butter dalam sauce pan sampai cair
Tumiskan bawag holland sampai naik bau
Masukkan susu dan black pepper. Kacau
Masukkan bahan-bahan lain..akhir sekali baru masuk sedikit tepung..yg i ada trick takmo kasi berketul. Ambil 1 sudu tepung terus ayak dan masukkan terus ke dalam sauce pan. Pastikan api perlahan sbb takut berketul.
Masak sampai kuah pekat
Boleh dimakan dengan kentang goreang dan sayur yg dikukus. Hidangan yg sihat! ewah

Muaz punya la suke dgn kuah black pepper nih..pelik pon ada..adik bradik lain x layan kuahnya


Cara-cara membakar ayam ..ada 2 teknik sbb langkah A nak jimat letrik & masa sambil mengekalkan ayam yg lembut & juicy

Teknik bakar A:

Bakar tanpa minyak menggunakan non stick pan selama beberapa minit sehingga half cook. Terbalikkan kedua-dua arah.
Sambung bakar selama 30 min di dalam oven.
20 min pertama mesti ditutup dengan aluminium foil utk mengelakkan ayam menjadi terlalu kering. Kemudian boleh buang aluminium foil nak kasi kulit ayam garing sket2
 
OR

Teknik bakar B: ( guna oven sepenuhnya)

Bakar di dalam oven selama 50 min. 30 min pertama mesti ditutup dengan aluminium foil utk mengelakkan ayam menjadi terlalu kering.Kemudian boleh buang aluminium foil.

Ok next entry kite citer resipi steak daging dengan bayam

7 comments:

Zuraimah Ismail said... Reply To This Comment

great...can be part of my next month menu planner...dah ketandusan idea dah nak masak apa..

thanks for sharing!!

♥ ROS ♥ said... Reply To This Comment

mak aihhh.,...sonoknyer tgk tu..nnt nk try la :P

Marlina Mohtar said... Reply To This Comment

wah..nampak sedap tu =) boleh cuba resepi ni hihi

shazrina said... Reply To This Comment

bestnye ..kak farah bukak lagi tak offer nak jadikan kite anak kak farah? hihihi

Smiley said... Reply To This Comment

kct, selamat mencoba..next time kalau ade lebih rosemary nak tak?

Ros,try jgn tak try..senang sgt

Marlina, happy roasting!

Shaz, awak nk jd anak angkat pon dah tak qualified ..umur dh meningkat ekkeke :p hehe gurau je yer
eh awak jual bengkung ek?

Zuraimah Ismail said... Reply To This Comment

boleh juga kalo x menyusahkan....

shazrina said... Reply To This Comment

hahaha saye pon gurau je :) ..eh saye tak jual ape ape ..bengkung ape? mane kak farah dapat info palsu ni ...hiihihi