Jom sambung Borneo trip travelogue!
Subuh awal di KK. Jadinya
lepas solat, saya sambung ZzZ kejap..Hubby dan all the 3 kids gi mandi swimming
pool. Mawaddah sejak pagi dah membising nak turun pool cepat2. Kemain happy
derang sbb kat pool tade orang..so mmg conquer habes. Maher masih tido sampai
8.30am+++ Sempat la saya melayan email, panggilan kerja lagi pagi tu dan goreng makaroni. Senang je goreng guna perencah nasi goreng adabi tambah sket sos
Jam 10.30am baru kami keluar
dr Apartment dah berjumpa staff car rental tu sbb katanya nak try repair
charger kereta tu. Di situ juga kami return kunci apartment. Tapi charger tu
still tak boleh repair, ntah apa fius yg rosak entah ler.
Tamparuli attractions: Hanging Bridge & Rumah Terbalik
Perjalanan di teruskan mengikut
jadual ke Tamparuli. Asalnya nak gi rumah terbalik tapi terjumpa Tamparuli
Bridge. Jambatan Tamparuli is the famous landmark in Tamparuli. It is a long
hanging bridge, in malay we called it jambatan gantung. Baru jue jejalan, dah
masuk azan Zohor..so Hubby and Ab solat Jumaat di masjid sangat berdekatan
dengan Jambatan ni. While me, Waddah & Maher camwhoring le kat sepanjang
jambatan tu sambil-sambil menegur orang tempatan lalu lalang. Jambatan tu mmg
jambatan rasmi yg digunakan oleh pejalan kaki..depe taleh jalan kat jalan raya
sbb jalan raya tu kecik..hanya kenderaan sehala je boleh lalu pada satu masa.
Lepas selesai solat Jumaat ,
we had lunch kat kedai makan tepi jambatan. Tak banyak pilihan pon ..hubby beli
Mihun sup while me & kids makan macaroni goring yg saya goreng kat
Apartment.
Perjalanan diteruskan ke
Rumah terbalik, rupanya lokasinya di tepi jalan..memang sebelum bridge..kami yg
tak perasan. Lepas tanye orang baru tahu. Landmark
rumah terbalik ni ialah betul2 sebelum stesen minyak Shell ok! Dr KK ianya
belah kiri!
Tempat ni la kos yg paling
tinggi! Adult RM10 dan kekanak RM5. Tapi kids 6yo below kalau tak silap FOC.
Kat dalam rumah terbalik tak dibenarkan tangkap gambar.
Pekan Nabalu
Perjalanan diteruskan ke
Kundasang yg mengambil masa 1 jam setengah kalau tak silap. Tapi jangan lupa
wajib singgah di Pekan Nabalu dulu.
Di sini banyak souvenir murah! Dan juga buah2an sedap yg dijual. Wajib beli
pisang emas dan nenas hokey..sgt manis! Sepanjang kat sana kami beli 3 tandan
pisang emas oke..RM2 je each. Murah!
Kinabalu Park
Next stop is Kinabalu Park. Solat QasarJamak juga
disini. Ada surau.
Surau di Kinabalu Park:
Kami sampai di Town Kundasang
dalam jam 5.15pm+. Kundasang Memorial Park and Dairy Farm already close. So
camwhore je kat entrance Dairy Farm. Terus check-in ke TM Resort.
Di Kundasang Town, background Gunung Kinabalu
We all letak luggage while
kids while went to the resort playground. Then, we had dinner di kedai makan
berdekatan dengan masjid kundasang. Mus’ab pilih chicken wing bakar. Kat KK ni
memang terkenal dengan roasted Chicken Wing. Jalan kemana-mana pon mesti Nampak
food ni. Masakan di KK ni average jer. Mungkin selera orang Semenanjung ni lain
sket kot. Tidak dinafikan seafood nya
amat fresh. Balik hotel kami berehat, mandi, solat dan tidur. Tak tengok TV
sebab kualiti gambar yg sgt teruk.
Di entrance Diary Farm..sebab dah tutup, so guest just camwhore je la..angin sangat kuat. Esok kite datang sini lagi k sebab nak feeling New Zealand Malaysia..kui 8am dah bukak..
cantik kan kan?
Di TM Resort Kundasang:
Ade citer lawak pasal Chicken
Wing tu..Mus’ab suke benor ..so lepas dah makan 3 ketul wing, die nak lagi.
Jadi hubby pon panggil la tukang masak Chicken Wing tu sendiri. Hubby order “ nak lagi 3 Wing ni” sambil tunjuk kat
pinggan yg tinggal tulang je. Tukang masak tu angguk sambil berkata “ 3 yer TUT?”. Hubby pon angguk. Tukang
masak berlalu pergi.
Hubby tanya saya. “ Ayg, kat KK ni derang panggil Chicken Wing
ni TUT ker?”. Saya kata..”tatau la
bang”. Apa yg diorder pon sampaiii..haa amik ko! Btol2 TOT yang sampai!
Hahah..terus kami tergelak yg amatss ok! TUT itu ialah “Bontot Ayam” yang dibakar. Hubby & Mus’ab makan..katanya sedap.
Saya mmg tak makan! Haha rase lawakkk btol.
Chicken Wing yg mmg glamer kat KK..kat mana2 shj ramai org jual. BTW, ni CW kat town KK. Ynag di Kundasang tak sempat snap pic, terus ngap!
Lesson learn: jgn assume bahawa org yg ambil order tu faham maksud
kite, ulang betol2 apa yg diorder dengan jelas.... sekian
4 comments:
hmm bila la Air Asia nak offer tiket murah lagi ni...:) macam best plak suasana sejuk2 gunung tu...
Kak CT, book yer KK..destinasi wajib cuti-cuti Malaya eheheh
huhu... best ke tm nya resort tu.. laki sendiri kerja tm tp kalau bercuti... "err... tak yah la tm resort tu... itu lah ini lah.." erghh nak yg best aje..
chicken wing nih depa panggil sayap sana....
and patut makan ngan air kelapa blended...sedapppp
Post a Comment