Monday, October 1, 2012

KK @ Borneo Trip Part III ( Day 2)

Wiken lepas kami pulang ke kampung nenda di Pilah tanpa hubby sebab hubby kene kerja on Sunday. Alhamdulillah selamat 6 hours journey pergi dan balik, saya drive sendiri while kids dijaga oleh my parents. Mencabar juga sebab Maher ni biasannya kalau nak tidur mesti dapat nenen ibu. So dalam kereta asek2 merengek " mama...mama...mama...." huhu sabor jelaaa...so kalau dah taleh nak pujuk mmg kene stop tepi jalan dulu bagi nenen :)

Jom sambung Borneo trip travelogue! 

Subuh awal di KK. Jadinya lepas solat, saya sambung ZzZ kejap..Hubby dan all the 3 kids gi mandi swimming pool. Mawaddah sejak pagi dah membising nak turun pool cepat2. Kemain happy derang sbb kat pool tade orang..so mmg conquer habes. Maher masih tido sampai 8.30am+++ Sempat la saya melayan email, panggilan kerja lagi pagi tu dan goreng makaroni. Senang je goreng guna perencah nasi goreng adabi tambah sket sos 

Jam 10.30am baru kami keluar dr Apartment dah berjumpa staff car rental tu sbb katanya nak try repair charger kereta tu. Di situ juga kami return kunci apartment. Tapi charger tu still tak boleh repair, ntah apa fius yg rosak entah ler.

Tamparuli attractions: Hanging Bridge & Rumah Terbalik 

Perjalanan di teruskan mengikut jadual ke Tamparuli. Asalnya nak gi rumah terbalik tapi terjumpa Tamparuli Bridge. Jambatan Tamparuli is the famous landmark in Tamparuli. It is a long hanging bridge, in malay we called it jambatan gantung. Baru jue jejalan, dah masuk azan Zohor..so Hubby and Ab solat Jumaat di masjid sangat berdekatan dengan Jambatan ni. While me, Waddah & Maher camwhoring le kat sepanjang jambatan tu sambil-sambil menegur orang tempatan lalu lalang. Jambatan tu mmg jambatan rasmi yg digunakan oleh pejalan kaki..depe taleh jalan kat jalan raya sbb jalan raya tu kecik..hanya kenderaan sehala je boleh lalu pada satu masa.

Lepas selesai solat Jumaat , we had lunch kat kedai makan tepi jambatan. Tak banyak pilihan pon ..hubby beli Mihun sup while me & kids makan macaroni goring yg saya goreng kat Apartment.


Perjalanan diteruskan ke Rumah terbalik, rupanya lokasinya di tepi jalan..memang sebelum bridge..kami yg tak perasan. Lepas tanye orang baru tahu. Landmark rumah terbalik ni ialah betul2 sebelum stesen minyak Shell ok! Dr KK ianya belah kiri!

Tempat ni la kos yg paling tinggi! Adult RM10 dan kekanak RM5. Tapi kids 6yo below kalau tak silap FOC. Kat dalam rumah terbalik tak dibenarkan tangkap gambar.




Pekan Nabalu

Perjalanan diteruskan ke Kundasang yg mengambil masa 1 jam setengah kalau tak silap. Tapi jangan lupa wajib singgah di Pekan Nabalu dulu. Di sini banyak souvenir murah! Dan juga buah2an sedap yg dijual. Wajib beli pisang emas dan nenas hokey..sgt manis! Sepanjang kat sana kami beli 3 tandan pisang emas oke..RM2 je each. Murah!


Kinabalu Park 

Next stop is Kinabalu Park. Solat QasarJamak juga disini. Ada surau.

Surau di Kinabalu Park:

Kami sampai di Town Kundasang dalam jam 5.15pm+. Kundasang Memorial Park and Dairy Farm already close. So camwhore je kat entrance Dairy Farm. Terus check-in ke TM Resort.

Di Kundasang Town, background Gunung Kinabalu

We all letak luggage while kids while went to the resort playground. Then, we had dinner di kedai makan berdekatan dengan masjid kundasang. Mus’ab pilih chicken wing bakar. Kat KK ni memang terkenal dengan roasted Chicken Wing. Jalan kemana-mana pon mesti Nampak food ni. Masakan di KK ni average jer. Mungkin selera orang Semenanjung ni lain sket  kot. Tidak dinafikan seafood nya amat fresh. Balik hotel kami berehat, mandi, solat dan tidur. Tak tengok TV sebab kualiti gambar yg sgt teruk.

Di entrance Diary Farm..sebab dah tutup, so guest just camwhore je la..angin sangat kuat. Esok kite datang sini lagi k sebab nak feeling New Zealand Malaysia..kui 8am dah bukak..

cantik kan kan?


Di TM Resort Kundasang:

Ade citer lawak pasal Chicken Wing tu..Mus’ab suke benor ..so lepas dah makan 3 ketul wing, die nak lagi. Jadi hubby pon panggil la tukang masak Chicken Wing tu sendiri. Hubby order “ nak lagi 3 Wing ni” sambil tunjuk kat pinggan yg tinggal tulang je. Tukang masak tu angguk sambil berkata “ 3 yer TUT?”. Hubby pon angguk. Tukang masak berlalu pergi.
Hubby tanya saya. “ Ayg, kat KK ni derang panggil Chicken Wing ni TUT ker?”. Saya kata..”tatau la bang”. Apa yg diorder pon sampaiii..haa amik ko! Btol2 TOT yang sampai! Hahah..terus kami tergelak yg amatss ok! TUT itu ialah “Bontot Ayam” yang dibakar. Hubby & Mus’ab makan..katanya sedap. Saya mmg tak makan! Haha rase lawakkk btol.

Chicken Wing yg mmg glamer kat KK..kat mana2 shj ramai org jual. BTW, ni CW kat town KK. Ynag di Kundasang tak sempat snap pic, terus ngap! 

Lesson learn: jgn assume bahawa org yg ambil order tu faham maksud kite, ulang betol2 apa yg diorder dengan jelas.... sekian

4 comments:

Zuraimah Ismail said...

hmm bila la Air Asia nak offer tiket murah lagi ni...:) macam best plak suasana sejuk2 gunung tu...

Farra Da Smiley said...

Kak CT, book yer KK..destinasi wajib cuti-cuti Malaya eheheh

LiTtLe^m3 said...

huhu... best ke tm nya resort tu.. laki sendiri kerja tm tp kalau bercuti... "err... tak yah la tm resort tu... itu lah ini lah.." erghh nak yg best aje..

kaezrin said...

chicken wing nih depa panggil sayap sana....

and patut makan ngan air kelapa blended...sedapppp

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...