Saturday, October 13, 2012

Devil's Choc Cake

Pestaim buat kek ni...3 minggu lepas

Resipi diambil dr Ana..inspired by Yati

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes

Bahan Kek Coklat:

2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A ( pakai telor in stok)
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk - buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit.
1 cawan air suam

Cara:
Putar gula dan butter sehingga creamy
Masukkan telur satu persatu
Masukkan buttermilk dan tepung secara bergilir
Masukkan semua bahan lain dan kacau sebati
Bakar selama 40-50 min
Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek dah siap masak

Cream Cheese Frosting
125gm cream cheese
60gm butter
1/2 cawan gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 susu kecil lemon jus ( tade, abaikan je)

Cara: Pukul cream cheese dan butter sampai creamy, masukkan gula ising , esen vanila dan jus lemon.


Choc Ganache
100gm whipping cream
250gm cooking choc
1 sudu teh esen vanila


Cara: Panaskan dulu whiping cream, tutup api dan masukkan coklat dan esen vanila. Kacau sebati.

Nota: saya mmg tak penah mesure bila wat ganache..biasanya..saya guna je susu ideal sbb salu ada di rumah..whipping cream tarak..then masukan coklat secukup rasa.

Cara Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
Tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras






Selamat mencuba!

3 comments:

Sharinginfoz said... Reply To This Comment

sedapnya, tapi tak boleh selalu makan ni

CT said... Reply To This Comment

DFCC tu amatlah sedap..terima kasih share aritu...how i wish kite pun pandai baking mcm awak....sedapnyeeeee

Smiley said... Reply To This Comment

sharinginfoz, benar3..hi fat and sugar..maka wiken depan nak wat roti :D

kak CT, hehe wlkem..rezeki akak dpt rase DCC ;)