Friday, July 13, 2012

Pancake sedap dan mudah!

Salam Jumaat..

Hari ni saya bangun awal sket..sebelum alarm clock berbunyi..bangun je terasa macam nak buat breakfast. So kita gugel je cari resipi Pancake since susu memang ada. Maka terjadilah 'Buttermilk Pancake'. Memang fluffy , sedap setanding Pancake masa dalam flight AA hihi.



Resipi dari myresipi.com

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum -diayak ( tak ayak pon)
1/2 sudu kecil garam
3 sudu mentega, dicairkan
1 sudu besar gula
1 cawan buttermilk...tade pon so ganti dengan 1 cawan susu campur dengan  1.5 sudu kecil cream of tarter ( campurkan ..dan biarkan selama 10 minit)
1 biji telur
1 sudu kecil soda


Cara-cara:
1. Cairkan mentega dan biarkan sejuk sekejap. Kemudian pukul dengan telur.
2. Campurkan semua bahan cair dan tepung dan bahan kering lain dan kacau sebati.
3. Bila adunan dah tak berketul baru boleh masak pancake

2 comments:

Yuyun said... Reply To This Comment

saya pencinta pancake tp bila buat xpenah jdik camni, serius.hehe
hai awak sy br ja follow blog awak, saya org baru disini, plz support me k..
tq http://rayyanrizqie.blogspot.com/

Smiley said... Reply To This Comment

Salam Yuyun..tq for visiting my blog..ok kite terjah yer sekarang