Monday, July 16, 2012

Daun pandan hidup subur

 Daun pandan belakang rumah...asal bukak je pintu nak gi umah mak disambut daun pandan yang hidup subur di bumi KL ni..

Daun pandan ni hidup sejak akak kecik lagi.tapi tak ingat pulak agak-agak sejak umur berapa..Yer dik jangan tak cayer..saya ni dah bermaustautin sejak umur 6 tahun. Daun pandan ini kepunyaan jiran belakang rumah..tapi dek kerana hidup subur asik beranak pinak maka hasilnya jiran tetangga juga dapat merasa...Dapatla buat nasi lemak..tak pon kuih seri muka [ kuih ni tak penah buat sendiri pon..tapi mak pernah la buat ]

Untuk membuat pes pandan..mula-mula kene blend daun pandan dengan air panas. then tapiskan..saya guna penapis kopi yang kain tu sbb ianya lebih berkesan..hasilnya begini..ops jangan lupa wajib la basuh dulu daun pandan itu yer..kasi buang semua makhluk asing..kang tak pasal-pasal uols terblend skali.mmg bertambah nutrisi erk yakk!


Dah siap Pes nak buat apa la pulak yek? Ok jom layan mood hijau akak semalam!

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
7 sudu besar gula
3 sudu besar mentega, dicairkan guna microwave dan disejukkan
1 telur
1 sudu teh garam
1 cawan santan
Pes pandan secukopnya
Pewarna hijau ( tambah sikit sebab pes tak cukup hijau)

Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan-bahan kering
2. Masukkan bahan cecair kecuali telur putih..gaul hingga sebati
3. Telur putih seperti biasa utk buat Waffle Crunchy mestilah dipukul dengan hand mixer sampai jadi meringue
4. Campurkan meringue putih telur ke dalam adunan tadi, kacau guna spatula sehingga sebati
5. Bakar. Waffle ni perlu dibakar lama berbanding waffle biasa. Saya letak level 5/6. 
7. Harum daun pandan satu rumahh!
Masa memula keluarkan waffle memang ianya lembik sedikit..tunggu kene udara then ianya bertukar jadi crunchy! 

Waffle ni tak perlu berganding dengan bahan-bahan lain. Ianya sangat sedap di makan begitu sahaja..anak-anak suke sangat...Mak budak apatahnya lagi hikss  [ mmg dasarr!]

 Nirupa putih telur yang telah dipukul itu..ringan putih warnanya ..


 Campurkan dengan adunan waffle tadi..


Siap dah adunan..saya letak peti sejuk..sebab nak bakor esok paginya..


sELAMAT pAGI!


tadaaaaaaaaaaaa
'
'
'


COCONUT PANDAN WAFFLE

 Close up...SO GREEN

Selamat mencuba!

tade waffle maker ek? cer tengok offer 3 in 1 sandwich /waffle maker dari groupon ni. KELIK SINI!

2 comments:

asmasalleh said...

Tajuk tu.. Daun ke Duan ke ? lalalalala

Farra Da Smiley said...

tq semah..mmy typo error! kite dah btolkan heheh

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...