Seawal 7.30am kami dah ready seperti yg dijanjikan. Sambil menunggu lagi satu famili paling besau ( family YatiPruzz), kami dok bergambar sakan dulu kat atas jambatan tepi apartment dan sekitar apartment. Jam 8.30am gitu baru bergerak ke Lancelin.
Gambo depan Mountway Apartment.
OTW ke Lancelin singgah sebentar kat Woolworth Joondalup beli snek for kids. Ada 3 budak dok child seats mmg amat mencabar sbb dah biasa manja kat Malaysia takyah dok child seats. Jadinya, terpaksa umpan derang dengan makanan ringan. Kami menikmati keindahan kawasan hutan sepanjang perjalanan yg mengambil masa 1 jam setengah ke Lancelin. Tenang betul rasanya menikmati suasana yg tenang, tiada tol dan tidak sesak. Di sini tak dapat nak merempit sangat sbb had laju dalam 70-100k/jam.
Sampai di Lancelin, kami singgah di kedai utk sewa surf board. Rate sewa 10aud/board utk 2 jam. Kalau kesini wajib buat sandboarding. Memang sangat seronok! All the kids really enjoy this activity. In fact this is the only activity yg happening for them sebabnya tadok aktiviti mandi kolam. Mawaddah siap komen " Mama, kat Perth ni kita tak mandi kolam pon" . Tahu je la holiday for kids = mandi kolam.
Di Perth eloknya sewa GPS sekali..kalau tak memang sesat
Menikmati keindahan alam ciptaan Allah
Kedai utk sewa surf board
Pinnacles Desert, Cervantes. Alhamdulillah diberi peluang melawat Padang Pasir Aussie
Kids really enjoy sandboarding. Kalau bawak kids , anda harus buat aktiviti ini ok
Mawaddah sampai takmo balk hokey..nak main lg..huhu..will upload video on sanborading later k
Lepas 1jam+ bersanboarding separa professional, kami
bergerak ke tempat berkelah di tepi pantai Lancelin. Kat sini ada 2
kawasan for picnic. Siap ada meja, toilet & BBQ area. Memang baguih
btol la Aussie ni.
Nasi walaupun sejuk tetap enak dimakan dek kerana perut lapar yg amat.
Kids makan sket jer, main yg lebih. Siap makan kami terus bergerak ke
Cervantes. Perjalanan mengambil masa lagi 1jam setengah. OTW ke
Cervantes singgah kejap di 'Look up point' di tepi pantai dengan
BullSemah family untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Kereta
YatiPruz dah laju kehadapan.
Sekitar tepi pantai Lancelin leps kami berkelah. Tepat bekelah tak tangkap la pulak gambarnya. Tempatnya cantik dan bersih
Bayaran masuk ke Cervantes ialah 10aud/car. Kereta boleh dipandu ke kawasan Pinnacles Desert Cervantes..kawasannya amat luas, tapi utk bawak kereta di laluan yg disediakan adalah lebih kurang 4km. Kami berhenti di 3 tempat untuk posing istimewa gitew. Kat area ni kids nampaknya happy sebab ramai kawan, tapi komen derang bosan sebab tengok batu hehe. Iyer benar, agaknya kalau kami gi 1 kereta je mmg bosan..untung la gi 3 kereta tade la bosan sangat.
Di 'look up point' on the way to Cervantes.
Posing dan lompat
Kami solat qasar dan jamak di sebuah pondok di sebelah Tandas awam disini. Sebelah dengan pondok ada Pinnacle Center tapi kami tak singgah sebab dah plan nak ke Joondalup for shopping. Perjalanan kan lama. Kebetulan shopping complex tutop lewat sket on Fri, which is jam 9pm. However, banyak gak kedai kecik2 banyak dah tutup by 5/6pm.
Sampai di Joondalup, waktu dah malam. Orang pon dah kurang. Bateri kamera dah abes. Kami terus gi shopping di Kmart, BigW dan Woolworth sebab aim nak beli groceries & Corelle. Alhamdulillah dapat semua barang yg dicari. Kalau ke Perth, belilah groceries di Woolworth ok. Saya beli telur, bawang, sayur, susu & etc.
Kami sampai apartment paling lewat dalam kui 9pm.9pm kat sini macam dah 12am kat Malaysia. Sampai apartment terus masak for dinner sebab laparrr.huhu asik lapar je..ok sambung lg esok see ya!
6 comments:
berapa jam drive pergi pinnacles?
kak.. berderet2 anakmu.. suka tgk :) comel2 je kecik berderet. tak lama lagi gambar semua dah besar2 plak...
terbaekkkkkk
mcm biasa...kita makan dulu baru sambung entry seterusnya..hehehe
seronoknya pi jalan2
Aini, dalam 1jam15 min gitu
Baiti, tengok comel..cer melayan ke4 serentak? fengsannn ekekke
kCt ths
K.Tyha, haipp..bukan makan je tau..ada agenda lain eheheh
Sharinginfoz, moment with family is alwiz the best :)
Post a Comment