Wednesday, February 22, 2012

Piknik bajet di FRIM

Sejak berusia 6 tahun lagi dah menetap di mukim ini yang terlalu dekat dengan FRIM, tapi penah gi berkelahnya baru sekali masa kecik-kecik. Dan akhirnya, ku jejakkan kakiku semula ke bumi FRIM itupun selepas mendapat idea nak piknik sama ngan Shell&Zakiman. Tapi bernarlah, kita hanya merancang, Allah jua yg menentukan. Shelly & keluarga tak dpt join sebab hal keluarga. So kami tetap ON dan saya dgn penuh semangat masak nasi lemak aje. he3. Tak sampai 10 minit pon dah sampai FRIM. Bayaran utk kami sekeluarga RM6. Entah la cemana derang kira. FRIM ni suasana sungguh tenang..setenang dengan jatidirinya sebagai Hutan simpan. Ok in overall ni review saya yang sesuai dengan 'frugal' level. Ianya bukanlah untuk orang yang mempunyai citarasa tinggi dalam menikmati percutian he3

1. Bayaran masuk murah sangat
2. Ada gerai-gerai makan yang banyak, harga murah je, bukan cama kat Genting. So kalau tak bawa bekal pon takpe
3. Oleh kerana selalu mandi swimming pool ( eh selalu ker?), kami rasa airnya sangat SEJUK! masuk kui 10am boleh menggigil ok. So naik balik, tunggu matahari naek lg, baru sedap berendam
4. Dah namanya dalam hutan, kawasan air terjunnya sangat redup
5. Airnya sangat cetek, sesuai untuk anak-anak sahaja. Memang makpak tengok anak dr tebing je, saya je mak yg excited berendam sama ngan anak. Bukan apa..kene la jaga keselamatan Muaz & Maher yg kecik itu
6. Tandasnya percuma dan kerana itu tidak berapa menyedapkan mata, hati & perasaan
7. Parkign percuma. Banyak jugak kerusi so tak payah pon bawa tikar. Kami bawa tikar tapi tak guna pon

Secara keseluruhannya, saya rasa tempat ni OK...sangat bajet! Kami kuar duit pon sebab beli kopok lekor & air gas aje. Anak2 pon suke je..kemain susah nak balik bila kite suruh.

Next time mmg nak gi lagi! nak ajak kengkawan lain, jums korang! kite gi lagi cuti sekolah nak tak? Layan gambarsss









Best betul main Istana pasir ni..disebabkan aktiviti ni semua budak2 kat situ kerumun kitorang dan ada 2 beradik lelaki ni suka sangat nak follow saya. ..sket2 panggil "acik2, tanye itu ini"

2 comments:

eLLe said...

review yang ditunggu2...heheh,,al maklum la x dpt join...

so farra, kena buat lagi lenkali..wajib..n harap2 kami dpt join :)

Farra Da Smiley said...

shell, jom2 gi lagi k..just set time & date :)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...