Wednesday, October 5, 2011

Edisi geram dan geram

Geram btol hari Ahad lepas. Geram ngan Petrol Station buleh?

Alkisahnya lepas kenduri kahwin Rita, kami singgah di Masjid berhampiran utk solat Zohor. Tapi hanya hubby dan Mus'ab je dapat solat. Tandas dan tempat whuduk perempuan tgh renovate. Jadinya saya tak dapat nak ambil whuduk sebab itu lelaki ada disitu. Yang lawaknya, langsung dia tade perasaan utk keluar kejap supaya saya dapat ambil whuduk. Kat situ dah geram sket. Ok takper...perjalanan diteruskan....
Sampai di sebuah Petrol Station, saya ternampak signboard "SURAU" sangat jelas tertulis. Jadi lepas Mawaddah melepaskan hajat, saya pon terus ke surau. Tapi suraunya TUTUP!! Haaaaaa geram tak???? Geram sgt! 
Apa gunanya buat surau tapi berkunci..cess hampa lagi hampes. Jadi perjalanan diteruskan ke rumah kawan, Yana dan saya pon bersolat Zohor 'gajah'. huhu

sekian..tak menarik pon kan? ok sesila buka surau anda yer, banyak pahala dapat tuhhh



7 comments:

Wanita Bertudung Hijau said... Reply To This Comment

sy pun ada edisi geram dan geram apabila melibatkan rumah Allah ni

secara peribadi, kebanyakan masjid di msia ni 'tak mesra pengguna wanita'

maksud sy tempat ambil wuduk tak peka pada aurat muslimah. banyak masjid yg sy lihat ada yg mcm ni menyebabkan saya nak ambik wuduk pun hati rasa tak tenang

sekadar berkongsi :-)

tinidewi said... Reply To This Comment

mengikut pengalaman saya, biasanya kunci surau petrol station boleh diminta di kaunter :-)

tinidewi said... Reply To This Comment

from other point of view [bersangka baik], ia mungkin ditutup untuk menjaga keselamatan wanita yang ingin bersolat di situ. sebab kebiasaannya suraunya di belakang, sunyi sedikit. jadi ditakuti ada yang bersembunyi di situ, menunggu mangsa untuk dingap. sebab itulah ia dikunci. namun, sepatutnya pihak mgmt tampal notis bahawa kunci boleh didapatkan di kaunter.

Farra said... Reply To This Comment

WBH, btol juga kadang2 tempat whuduk tu agak terbuka..berdiri sket mmg nampak je aurat perempuan kan?

K. tini, letak la notis....btw, suraunya tak terpencil ..keciwa juga..kalau nak kunci pon jangan la peak hour..like 2pm-5pm gitu huhu

aida said... Reply To This Comment

hoho, kau ni.. kalau gaya cenggini takleh gi oversea ni... situ mana nak cari surau beb, kiteorang solat kat tempat duduk shopping complex ada, kat lantai airport ada.. kat dalam kereta adaaa

Farra said... Reply To This Comment

aida, kalau kat oversea aku kene la adjust weh..ni malaysia lers eheheh

eLLe said... Reply To This Comment

hmm...same as kak tini, kunci bleh dpt kat kaunter..mintak je..kalau die x kasi, tu baru lain citer :)