1) Bil terkini kami bertarikh 29 Sept menunjukkan bacaan meter yang lebih tinggi dari bacaan meter "live" pada Ahad lepas, 2 Okt 2011. Seharusnya la kan kene hantar aduan ke TNB melalui emel. Semalam, terus dapat jawapan dan masalah tersebut terus selesai. TNB keluarkan bil baru dengan pembetulan bacaan meter. Semestinya bil yg baru jauh lebih rendah dari yang lama.
Perbezaan bacaan meter
2) 2/3 bulan yang lepas setibanya di rumah selepas pulang dari pejabat, bekalan elektrik terputus. Saya dengan pantasnya terus hantar SMS 15454 ke TNB. Saya mmg suka guna SMS berbanding telefon sebab lebih cepat. Disebabkan waktu maghrib dah masuk, jadi saya bawa semua anak-anak pulang ke kampung dgn tujuan nak tumpang solat. Tak lama kemudian suami pon balik. Kg I belakang umah je tau :p hiks. Dalam jam 8pm gitu, Van TNB restore team pon sampai. Restore team check kotak letrik luar rumah tu katanya tiada masalah. Jadi suspect ada problem di bahagian kotak letrik dalam rumah. Restore team pon check bahagian dalam dan sah ada part yang terbakar. FYI, peralatan/wiring di dalam rumah adalah tanggungjawab sepenuhnya tuan rumah yer, bukan penyedia perkhidmatan. Masalahnya, kedai hardware/letrik dah tutup waktu malam, jadi kami tak dapat la nak beli part tersebut. Saya pulak sambil pegang Maher dan buat muka "kesian" sambil kepenatan duduk je tepi longkang umah. Oleh kerana muka 'kesian' saya agak berkesan untuk menyentuh perasaan brader2 TNB, akhirnya mereka kata mereka cuba cari part tu dalam Van. Dan akhirnya part tersebut dijumpai dan mereka pon ganti part rosak tersebut. Bekalan elektrik kembali pulih. Mmmg superb sungguh perkhidmatan TNB
Syabas syabas syabas..yg review baik sepatutnya semua pembekal-pembekal perkhidmatan di Malaysia ini contohi termasuk juga syarikat yang saya bekerja :)
Jadi, sebagai pengguna..apakah pengajaran yang anda perolehi disini?
1) Jika tidak puas hati, sila kemukakan kepada syarikat tersebut. Jangan cepat mengutuk dalam blog. Bertindak secara rasional supaya masalah selesai secara baik. Walaupun " customer is always right", berikan tempoh masa kepada syarikat tersebut untuk siasat dan memberi penyelesaian.
2) Semak & analyze bil anda setiap bula, manala tahu ada yang tak kena..sebab sistem ni kita faham-faham je la bukan 100% tepat sentiasa
Cuma kekerapan terputus bekalan elektrik di rumah saya agak kerap. Tapi nasib baik pendek je tempohnya, so tadelah EMB rosak. Harap-harap TNB ada improvement plan yer
3 comments:
point 2), i like! hehe. boleh bayangkan farra dgn maher yg comel kiut miut tuu. insya Allah kita balik feb depan. insya ALlah nanti if ada open house ke apa2 events, kita jumpa naa!
ohhh baru kutau, selalunya aku mesti call TNB, rupanya SMS lagi pantas
point 2, boleh digunapakai sebab aku ada fateh :P
haha guna2 jgn tak guna
:D
Post a Comment