Tuesday, September 13, 2011

Tragedi serbuk koko

Lepas je tragedi Telur Palsu ..tetiba terjadi pulak tragedi serbuk koko Jumaat malam yang lepas ....

Selepas je saya siap bancuh Butter Cake dan ready utk masukkan dalam oven, saya letakkan satu cawan serbuk koko utk dibuat Choc Moist Cake. Tak sampai pon seminit saya pusing ke arah pengukus, dengan lajunya Muaz mencapai serbuk koko dan tuang dalam adunan butter Cake!
ha lihattt..huwaaa....
Terpaksa la saya gaul terus serbuk koko tu dan menjadilah kek tu kepada Marble Butter Cake kurang manis. adehhh..

Dah tu serbuk koko for Choc Moist Cake tak cukop..terpaksa saya tambah Milo jer. Mana der lagi kedai bukak dah 11mlm.

Taujela..kalau ada anak-anak kecik ni, kerja ni jadi lambat. Saya buat 3 menu ni dr jam sebelum 9mlm sampai 12.30++ . letey dan ngantuk tak hengat punya..

Ok ni pertama kali mencuba resipi Puding Pelangi. Kredit kpd Su. Cuma resipi saya berbeza sedikit di mana saya menggunakan agar-agar tali tu sebab ada tanda halal. Jenama Nona.

Bahan-bahan saya buat loyang besauu :
  • 30g agar2 tali
  • 1500ml air
  • 400gm gula pasir ( agak manis la jugak)
  • 120gm mentega
  • 2 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko ( tak guna sbb dah abes)
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • 3 pewarna ( ikut suka)
Cara-cara:
  1. Masak agar2 tali dengan air sampai cair semuanya dan diikuti dengan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then masukkan pewarna,kepada 3 mangkuk berbeza
  5. Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit . Biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dengan apa2 untuk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna lain dan last skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.
loyang disengetkan

siap jugak pelangi yang agak tak tersusun

dah dipotong nak hidang kepada tetamu

kiri choc moist cake - dikukus
kanan marble butter cake- dibakar

marble cake dah kene make up with choc ganache

chos moist cake dah make up jugak..saje nak potong as besday cake Muaz since harijadi Muaz jatuh bulan puasa bulan lepas. Simple aje

Saya mmg agak bersetuju bila orang kata " tak sempat nak masak-masak, anak asik kacau ajek" iyooo..mmg pengacau no 1! ekkekek ... Dah tu bayangkan sket-sket Maher nak berdokong gak, jadinya sebelah tangan dokong budak 10kg, sebelah buat koje..terbengkok den
sabo je la!

4 comments:

Unknown said...

Happy birthday :)
Kenangan tu akak, bila anak2 dh besar mesti teringat tragedi serbuk koko nih hehe

Ummu Auni said...

yelah bengkok badan. musab dah besar, yang kecil berderet nak berdukung :-)

Farra Da Smiley said...

Na, btol3 ..kenangan bersama anak..akak positif aje ..biasa la budak2

Aini, lenguh tgn dokong budok 10kg!hihi

yatiscloset said...

maher dah 10kg? OMG!!!
betul3x..aku sebelah tgn dukung ammar, sebelah lg cuba ratakan batter brownies, mmg mencabar!

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...