Tuesday, August 2, 2011

Kisah 1 Ramadhan

Semalam nak memujuk Ab berpuasa kemain susah, berdrama air mata gitu. Hasilnya "sahur" jugak die sikit jam 6.45am, sebelum bergerak ke sekolah. Bila kami sampai rumah, katanya dah tak puasa. Ok fine, takpe hari pertama. Baru tahu hari ni dari uwan rupanya die tak tahan melihat Mawaddah makan aiskrim semalam, jadi jam 5pm dah berbuka. Ok la not bad puasa dr jam 7am-5pm heee.

Seperti Ramadhan tahun lepas, saya membonceng motosikal ke pejabat sebab nak elak jam. Yang bezanya thn ni ialah:
  • Tahun ni pejabat hubby jauh. Jadi pergi kerja, saya minta die hantar terus ke pejabat. Tapi petang, saya kene naik LRT sampai pejabat die baru membonceng sama. Penat juga, berkorban.
  • Tahun lepas saya mengandung 4 mo++, jadi masa tu taleh rempit sgt kene sopan-santun. Tahun ni leh laju sket. Tp mmg kene laju sket sbb dah amik lebih masa sbb kene naik LRT half-way
Semalam selamat sampai rumah jam 5.50pm, keluar pejabat tepat 4.30pm. Tapi u know la..jauh gak saya nak menapak berjalan ke LRT tuh ( harap-harap cepat kurus :p).
Alhamdulillah sempat masak, dan menu hari pertama:
  • Ayam masak merah bermadu
  • Sayur Campoq
  • Ikan Goreng
  • Pisang goreng panass
Hari ni both Mus'ab & Mawaddah bersahur & berpuasa. Ok kita tengok depe berjaya tak. Harap2 berjaya la anak mama yer. Ayat mama sekarang asik2 " puasa tau, tengok upin & ipin pon puasa. Allah kasi 500 markah kalau puasa tauu. " FYI, Mus'ab lepas buat kerja baik ie solat, baca buku etc, die suka tanya " berapa markah die dapat?" Jadi, layankan ajek!

Menu hari ni pulak? tunggu laporan esok yer ( kalau sempat). Ni tgh stress kerja ni ! erghhh

8 comments:

rizaros said... Reply To This Comment

sedapnya menu dia.. hehhee.. last year masa preegy duk umah mak.. tahun ni bf lak.. letih byk tp cubaan :)

hanis said... Reply To This Comment

hebat tuh menu berbuka farra...

bleh masuk list berbuka nih...hehehehe

Princess Solehah said... Reply To This Comment

alhamdulillah...Mus'ab dah belajar berpuasa ya :) bagus3x...

Atah Rashid said... Reply To This Comment

kak Fara ni mmg ratu masak la. klu kite la, rasa xsmpt siapkan pelbagai juadah dlm masa 1 jam ++ tu.. hehehehe

Farra said... Reply To This Comment

rizaros, akak pule tetiap thn berkerja jadi preggy & bf tade beza,bertahan!! heee thn ni bf juge

hanis, ala menu surirumah sure lg hebat

PS, baru start belajor ..tp dah 2 hari ni buka pose kui 5pm = minum air ..katanya haus sgt

Tikah, selagi terdaya akak masak..tp mmg penat aa..kot2 later days lembik, mmg beli je kat param kot

Kasih Kita said... Reply To This Comment

wah hebatnya akak. Sempat masak. kalau sy dah bungkus lauk ajer huhu

~ yus ~ said... Reply To This Comment

takpe farra...

biar dia belajar puasa tu sikit2.

Sahur pukul 645am???...hehe.

Menu berbuka pun ok tu..:)

yus pun dah fikir gak menu hari ni. jap lagi nak gi cari barang..:)

Atah Rashid said... Reply To This Comment

menu berbuka day 3 tu lagi hebat.. sempat akak masak yer :D hihihi