Monday, August 22, 2011

Apa aktiviti hari ni? = Isnin

Pagi tadi baru je nak naik motor bergerak ke pejabat, baru saya perasan ada red rashes yg obvious atas mata dan dahi Maher. dalam rumah mmg x nampak. Bawah cahaya matahari mmg jelas. Cek belakang badan dan leher pon ada. Jadi apa lagi..kami pon zass ke klinik. Memang sah Maher kene measles.

Patut la semalam walau dah baik demam, tapi dia asik memerap, nak berdukung & berpeluk je kalau tak tidur. Rupanya nak kene measles. So, sebagai Mama wajibla amik cuti kecemasan hari ni utk menjaga beliau. Sib baik cuti Mama pon banyak lg. Memang reserve cuti buat anak-anak. Sebab tak tentu masa anak-anak boleh jatuh sakit. Lagi-lagi anak dah 4 org.

Lepas mandi & makan ubat, kedua-dua adik beradik lena. Huh ..lega sgt! Now saya ada masa nak ngemas sket...sat lg nak join juga ZzZz..sbb tak cukop tido ler.

Doktor kasi ubat sapu dan ubat selsema utk tahan gatal. Nak tidurkan Maher cukop payah, siap kene goyang-goyang. Ni kalau masuk buai konfem senang tidur kots..

Di klinik tadi sempat doktor timbang berat terkini Maher iaitu : 8.5kg. Esok beliau genap 7 bulan :)

Ikutkan hati..mau je Mama cuti sehingga lepas raya! sapa sokongs??

5 comments:

Ummu Auni said... Reply To This Comment

sokong!!!

sikulat said... Reply To This Comment

tengok tahan Maher.. himbamm himbammm... eemm.. geramss.. ariff dah nakal.. tak himbamm sangat dah.. lalalala

Lizan said... Reply To This Comment

ala bembam bembam maher..geram tengok.. anak saya aqeel dah 10bulan baru jer 7 kilo lebih...dah tak tahu dah caner nak bagi dia bam-bam...doktor pun dah bising..kecik sangat.

yatiscloset said... Reply To This Comment

cuti jeeeeeee!!!

Farra said... Reply To This Comment

kawan2, alangkah bestnya kan dpt cuti teruss! huhuh

Liza, asalkan anak awak sihat itu dah cukop kan rasanya