Tuesday, July 12, 2011

My 1st Nasi Arab

Ok yang ni bukan Nasi Arab. Ni namanya Kek Coklat Kukus. Resipi disini. Adunan tu saya dah bahagikan ke 2 loyang sbb takmo tinggi melangit. Nak kasi pendek sket.


Nasi Arab sebenor hak ni ok. Saya guna resipi dr Raidah. Thx a lot! ;) Cam biasa mmg derhaka sket2 ikut keperluan dan stok sedia ada. Tapi hasilnya mmg tak mengecewakan...sodapp . Tapi silapnya tak buat banyak, makan masa lunch je dah abeh sbb mak, abah, adik pon join sekali. Malamnya mkn maggi grg je la he3
Minggu depan kalau rajin nak buat lg la


Ikut resipi kene letak sket kaler kuning, tapi saya tade..so taruk kaler oren je sket kasi cun sket. boleh la..asal rasa tak lari.

Nasi Arab

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( tade, so ganti ngan rempah kurma & serbuk buah pala )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat (tade, abaikan..)
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron ( tade, abaikan..)
Aluminium foil

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas bagi ayam sedikit garing

Nasi:

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi ( ganti ngan marjerin je)
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis (tak suke..tak letak)
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning ( ganti warna oren )
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi dah siap, saya ambil 3 sudu nasi dan campur pewarna. Then campur balik dgn nasi lain dalam periuk

Sos ( sedap btol sos ni , saya suka):

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama daun salad, hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.

4 comments:

LiTtLe^m3 said...

cam sedap je.. bleh la try nanti :) eh breadmaker hari tu pun lom pakai lg errkkk :D

eLLe said...

farra, nasi arab kat SABA, cyberjaya (dkt je dgn MMU) sedapp..kite rase nasi kambeng banjir, MELETOP!!! hehe..

yatiscloset said...

shell - nasi saba' tu mmg berhantu, tayah mkn lauk nasi jer dah sodap!

farra - apsal la aku dah ilang keinginan nk masak benda baru eh huhuhu i need the momentum back!!!!

Farra Da Smiley said...

Baiti, laaaaaaaaaa BM x guna lagi? mmg nk kene cubit la awak ni! call akak bunyi berdegar2! hahahah :p

Shell & Yati, ni sbb dah jd hantu nasi Saba le dpt motivasi buat sendiri. Btw, mmg dah fallen in love with Arabic food & wanted to venture more!

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...