Monday, March 21, 2011

Kek Coklat Kukus


Sesungguhnya dah jatuh cinta pada teknik "Kukus" bagi brownies dan kek coklat kerana rasanya lebih lebap. Sedap! Resipi asal dr alikram.net.

Resipi ni mudah sangat , tak pelu guna mixer, hanya guna tangan kacau rata. Suka sgt. Keknya berat & besar, jadi baik buat loyang 10 inchi 4 segi next time.

Bahan-bahan:
375gm mentega
2 cawan gula halus
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila

4 biji telur- dipukul sedikit dalam mangkuk

1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung superfine ( sbb malas nak ayak)
1 susu teh soda bikarbonat
1.5 sudu teh baking powder

Cara-cara:
1. Cairkan mentega dalam periuk besar supaya senang semua bahan boleh masuk
2. Masukkan gula, susu cair dan vanila dan kacau sehingga gula hancur. Matikan api biarkan sedikit suam
3. Masukkan telur yg telah dipukul sedikit dan kacau sebati.
4. Masukkan bahan-bahan tepung ke dalam periuk dan kacau sebati sehingga adunan mesra dan tiada ketulan tepung
5. Masukkan dalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil supaya air tak masuk masa mengukus
6. Kukus selama 1 jam 30 minit
7. Sejukkan dan hiaskan dengan Choc Ganache.

4 comments:

LiTtLe^m3 said... Reply To This Comment

sedapnya... nak try buat la weekend nnt.. bahan semua ada :D & finally saya dah revamp blog.. insyaallah akan cuba update sekerap mungkin :D cuma ada cerita sedih lagi di bulan March.

Farra said... Reply To This Comment

Baiti, akak dh jenguk n komen ur blog :)

noor said... Reply To This Comment

salam nak tanya lah, kukus pakai pengukus yg besar tu ke? My daughter's bday is coming. Mula ingat nak belikan je kek, akak tak de oven. Dulu pernah baked choc cake, tapi sbb nak beli oven pun mcm mahal sgt. Tapi kalau beli pengukus tak mahal sgtkan? Ni kukus atas dapur biasa kan? Kalau sudi boleh share gambar pengukus tak? Terima kasih sgt2... Bday lagi 2 minggu, nanti ingat nak beli bahan2 dan cuba dulu.

Farra said... Reply To This Comment

K.noor, pengukus besar... rasanya below rm100..masak je atas dapur..nnti sy share gambar pengukus