Wednesday, May 4, 2011

Cara Membuat Macaroon ~ My 1st is Strawberry

Updated!: Lepas ni nak try resipi yg ni: cake journal nampak senang.

Dah lama ngidam nk belajar buat Macaron, ekceli sejak sebelum bersalin. Dah tu saya dah survey harga kelas macaron sgtla mahal dalam RM200++. Last 2 wks my SIL text me to ask if I were interested to join demo Macaron class, tapi Ahad la pulak, susah nk join ...ada baby Maher. Finally last Sunday I baked my 1st Macaron @ SIL's house dgn panduan dr resipi dan tips yg die belajar. Bebahan pon my SIL belikan he3 tq kak Ain :)

Insyallah ada masa lg nnti, nk buat lg! best sgttt..dah terbayang nk buat perisa Lemon & Green Tea.

Malas nak taip...here we go the recipe:

Macaron

Filling

Cecara:

1) Ayak gula icing ke atas serbuk badam. Gaulkan. Masukkan putih telur dan campurkan guna senduk kayu. Masukkan pewarna dan perisa dan gaulkan
2) Pukul putih telur guna mixer sampai kembang ala snow gitu / stiff peak. Letak tepi.
3) Masak air dan gula sampai agak2 pekat sket juga. Aduh..mmg susah nak terangkan. Mmg kene demo.
4) Pembetulan: Air gula di masak sampai mendidih dan kemudian off. Ulang sebanyak 3 kali. Set aside tu reduce suhu sket kepada 120 darjah then baru tuang dalam putih telur td ketika mixer sedang memukul telur. Pukul lg guna mixer sampai kembang
5) Adunan telur ni dicampurkan ke dalam adunan serbuk badam tadi (1). Kuap balikkan, kata cikgu taleh putar, kene kuap balik. Jangan over kuap balik. Bila dah tercamour elok semua dah boleh paipkan.
6) Paipkan dengan memegang plastik beg menegak ke atas parchment paper yg dilapik 2 ( supaya tak melekat)
7) Siap dah paip atas baking tray, hentakkan tray sekali sahaja.
8) Biar macaron berehat selama 20 min
9) Bakar pada suhu 150 darjah C selama 10 min.
10) Masukkan filling dan susun atur macaron

Complicated tak? kalu iye, beli aje la ek. he3. Owh, macaron ni dah jadi my baking KPI this year.

Adunan Putih telur di campur ke dalam adunan serbuk badam

Paipkan

Dah siap bakar

Dah siap make up! Yang menjadi sahaja I tempek ok. he3

Bagaimana nak tahu macaron kita menjadi?
Skirt macaron tersebut menjadi. Kalau tak menjadi, confirm ia retak di atas & skirt tak jadi.

My 1st macaron ni 50% rasanya retak. Tatau apa silap. Cikgu kata mungkin oven/terlebih kaupbalik etc. Apapon lepas ni saya nak letak 1 tray je sekali bakar. Sebab masa 1st time bakar tu letak 2 lapis, yg belah bawah bawah semuanya retak.

Saya ada terbaca satu blog di mana beliau pernah gagal 5 kali sebelum mendapat Macaron yg cantik. Jadi, jgnlah berputus atas wahai diriku hihi

7 comments:

mahizan.com said...

thumbs up farra..aku dah lama teringin nk buat tp x terbuat..haha..sbb asyik duk fikir susah.

Ara2 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Sorry tertempek kat tempat laun

Caranya lebih kurang sama macam Lorraine Kelley's macaroon. Rasanya boleh tengok videonya kat sini untuk demo..
http://bakecooktravel.blogspot.com/2011/03/macaroon.html

just sharing!

Farra Da Smiley said...

mahiza, try jgn x try yer

ano, dah tgk resipi kat blog tu..same with this resipi chef nermala

Zuraimah Ismail said...

bravo...

sebenarnye kan....kak ct x tau pun macaroon tu ape? tapi glamer sangat la plak sana sini org cakap macaroon..

meh cite sket ape rasa die? mcm cake ke?

LiTtLe^m3 said...

beli jek la kat empire shopping gallery byk gila kedai jual :P (sungguh pemalaskan!). sgt2nya complicated!

Hilmi & Faeizah said...

salam fara, nak share youtube cara buat macarons :
http://www.youtube.com/watch?v=GTvRjjAaALA&feature=related

tengah study n menghayati setiap bait2 ayat farra ni dulu...mahu try juga...:D

kesimpulan yang didapati ialah :
1.telur yang duk dalam petiais tu mestilah duk luar dalam seharian, sampai hilang peluh2 dia tu ye.

2. hanya guna mixer utk kembangkan putih telur sahaja, utk campur bahan2 lain pakai senduk je ye.

3.memang tiada guna tepung biasa, guna serbuk badam yang diayak halus untuk jadikan tepung badam...

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...