Thursday, April 28, 2011

Kek Pisang Choc Rice Kukus


Resipi asalnya dr sini ok.

Bahan:
  • 250 gm mentega
  • 180 gm gula castor
  • 1 sudu besar ovalet
  • 4 biji telur B
  • 1 tsp esen vanilla
  • 275 gm tepung superfine
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 250 gm pisang berangan
  • 100 gm coklat rice (letak secipot je sbb tu je yg tinggal)
Cara-caranya:-
  1. Pukul mentega, gula dan ovelat hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Kemudian masukkan pisang dan kisar lagi. (*akak lecek sikit pisang sblm dikisar)
  4. Masukkan pula tepung yang telah di ayak dengan soda dan baking powder.
  5. Masukkan esen vanila dan akhir sekali masukkan chocolate rice.
  6. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus hingga masak lebihkurang 1 jam (*balut penutup kukusan dengan aluminum foil)
* Dah sebulan yg lepas buat ni...mm...roti pon tak sempat lg nk tempek

2 comments:

luckylizan said... Reply To This Comment

ovalet tu untuk apa sebenarnya eh..kalau tak letak tak boleh eh..macam senang jer resepi ni, mohon pinjam eh. tx

Anonymous said... Reply To This Comment

Caranya lebih kurang sama macam Lorraine Kelley's macaroon. Rasanya boleh tengok videonya kat sini untuk demo..

http://bakecooktravel.blogspot.com/2011/03/macaroon.html

just sharing!