Friday, April 1, 2011

Kisahku tertipu , anda usah tertipu!

Salam semua,

Teringat kisah beberapa tahun lepas ni, specifically 2006. Nak kata kene tipu tu tak la jugak 100%, ianya lebih kepada diriku yang kurang ilmu, kurang cerdik! Seriyes talk. Anda semua, usah terjebak pulak! Owh..bukan citerku terjebak MLM okayy

Ni kisahnya terbeli Holiday Card & Package gituu, harganya RM399. Banyak tuh! tapi habuk pon tarak. Yela, promoter tu bergedar2 kata bagus itu ini, dpt murah dok hotel, siap dapat free nite stay. Dah tu aku pon call la nak buat booking. Bukannya dapat jawapan straight away, katanya kene cek hotel dulu. Lepas tu die feedback balik kata tarikh yang aku nak tu, tak available! Dah tu aku tukar tarikh lain, sume tak available! Dah tu, aku tanyer " so bila available?". Dia pon kasi tarikh yg semuanya di hari kerja, dan semua aku tak available ie Rabu. Cettttttttt ish rugi sangat!

Itu la citerku. Jadi, jangan ulangi kesilapanku ini. Mungkin ada pakej percutian yg btol oleh syarikat lain. Apapon, kite mesti ada ilmu, mesti semak semua terma dan syarat. Bukan main amik je cam aku ni. Kalau hubby ada masa tu insyallah aku boleh elak. Sebabnya aku ni tak sampai hati tolak promoter ..tp lately ni byk belajor dr hubby. Kite mesti tegas, tolak secara baik. Barulah tak terjebak.

Korang pernah terpedaya ngan penjualan apa pulak?

7 comments:

ummi said...

ni jawapan standard akak.
- saya x de duit untuk itu
+ puan blh byr guna credit card
- oh.. boleh kalau saya x perlu byr credit card atau awak aje yg bayarkan hutang saya

lately ni lagi terserlah kuang ajor sesetengah telemarketers ni. once mention akak x keje, trus letak phone. takdelah nak ckp tima kasih for your time ke hapa. kureng asam kan.

Zuraimah Ismail said...

saya plak...sorry tak berminat..saya x suka gi hotel..hahahahaha

Unknown said...

saya pun selalu cakap, maaf saya dah tak bekerja, mesti dia terus senyap..hehe

Farra Da Smiley said...

k. tie, eh kurang asam btol ek depe ni..kalau kat CC kita dah kene fatal error=penalty eheh

k.ct, ok..boleh jd skrip jugak

yus, owh yg tu skrip paling bagus, sure die takmo promote further ehehe tq tq

No Lan said...

kakNo pun hampir terkena gak..siap panggil buat ceramah lagi..alhamdulillah Abang pk panjang..dan tolak cara baik..uis...mcm2 dia cakap dan semuanya nampak best2 belaka..

Farra Da Smiley said...

k.no, rezeki tu x terjebak..sy plak ongkos dh melayangg hehe

mila.ibunajihah said...

pernah gak kena, beli kupon duk hotel , semua ada buy one free one, tp bila call asik takde bilik kosong, pastu bila call promoter tu langsung tak jawab fon. My hubby hari tu ada org promote kupon makan kat rasamas ke ape ntah..dia ckp, tak sampai hati nak makan kedai mahal2 sbb dia kata ada budak sek yg kena tangkap sbb pi makan baki makanan budak lain kat kantin..org tu trus serba salah, minta maaf n kluar..haha (tp kisah budak sek tu mmg betul)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...