Tuesday, March 8, 2011

Jelajah Blog Kategori IBU

Dah malam baru la prasaan segmen Mr Ben ni. Apa taknyer, hari ni hari pertama lepas pantang dan anak-anak 4 org sume dok umah tak hantar Taska. So masa tu dah kureng nk blogwalking mahupun Fbing. Layannnn...


  1. BANNER dah letak
  2. Tajuk JELAJAH BLOG KATEGORI IBU dan link ke entry Mr Ben ni
  3. Aku layak masuk sebab sudah bergelar ibu ...
  4. Aku adalah Ibu yang bekerja kepada 4 M ; Mus'ab, Mawaddah, Muaz dan Maher. Seorang yang peramah, suka berkawan, kuat semangat, garang jugak ngan anak-anak, tapi mudah tersentuh perasaan dan menangis. Kecik-kecik dulu cewek hihi.Suka hidup yang sederhana, suka menyimpan duit serta berjimat-cermat. Hobinya memasak dan makan! :)
  5. Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu? Saat disahkan mengandung dan melahirkan anak-anak adalah saat manis yg tak dpt dilupakan. Diikuti saat bayi diletakkan di pangkuan sejurus keluar dr rahim dan saat menyusukannya. Aduhh..sungguh la manis. Kisah melahirkan Muaz disini dan Maher disini. Kisah melahirkan Mus'ab dan Mawaddah tiada sebab blog ni belum wujud lg, tp insyallah ada hasrat nak tulis juga masa free nnti.
  6. Kenangan pahit anda ? Tahun 2006, aku cuai sewaktu di dapur. Kerana leka membuat Carrot Cake, Mawaddah yg ketika itu berusia 8 bulan rasanya telah memasukkan jarinya ke dalam tin nenas yg aku baru buka dan jarinya luka. Akibatnya Mawaddah masuk hospital utk rawatan selanjutnya. Sobss..sgt pahit. Buat pengajaran di masa akan dtg buat semua yg bergelar Ibu.
  7. Kata kata khas buat si suami ...Terima kasih kerana sudi menyuntingku untuk menjadi suri hidupmu. Terima kasih atas segalanya Abang. Marilah kita bina keluarga kita ke arah jalan yg diredhai Allah. Luv u always..
  8. Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..Hormatilah IbuBapamu, Bahagiakan IbuBapamu dgn apa cara sekalipun, Ziarahlah IbuBapamu selagi mereka masih hidup didunia, Doakan IbuBapamu, Dirikanlah solat dan jadilah insan yg berguna.
  9. Apakah harapan anda kepada anak anda ..Jadilah insan yg taat kepada suruhan Allah dan Berbakti kepada IbuBapa, keluarga, bangsa dan negara.Semoga cita-cita kalian tercapai suatu hari nanti. Jika Mama sudah tiada lg, hulurkan doa buat Mama.
  10. Nasihat buat si gadis di luar sana .. Utamakan keluarga dan agamamu. Jaga tingkahlaku dan pakaianmu.
Sekian

6 comments:

apislerr said...

salam,
mengunjungi rakan2 jelajah blog;)
dtg dr blog abg ben;D
blog apisv2

! Diari-Selebriti-Mama ! said...

singgah dari segmen BA.
slmt bknalan.nice blog!dah follow^^
3 hero 1 bunga :)
jemput ziarah blog http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/jelajah-blog-kategori-ibu.html

Farra Da Smiley said...

Salam kenal kengkawan bloggers :)

Rosmawani♥ said...

salam pkenalan.. datang dari blog abg ben :)
jom follow sy jgak, untuk smangat berblog n kongsi info ttg mommy..hehehe..
rizaros.blogspot.com

ayeesha anna said...

salam kenal. Dari segmen BA. Semoga menjadi ibu terbaik di dunia dan akhirat.

http://diarialeesya.blogspot.com

Lizan said...

salam farra, tahniah dapat baby baru..siap bagi nama maher lagi tu :)
seronok la ni da abis pantang? boleh berkenalan? cam happening jer blog nih.. jom tukar2 link yuk..

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...