Friday, January 14, 2011

Oreo Cheesecake for our anniversary

Aku tetiba terasa nak buat kek for our anniversary. Anniversary is actually next Tues but I target my baby to come out by that day. Haha sesuka je I nak target kan? Takpe, that's we call Law of Attraction. Btw, my EDD lambat lg, another 2 wks :)

Nota kaki:
1) Kek ni kecik je tau, rasanya loyang 5/6 inci. Just nice for a small family like us.
2) This case is not sweet as Secret Recipe Cake, so add more sugar at your own risk!

Base:
100gm biskut orea diblend/hancurkan ( nak guna biskut lain pon boleh saje)
30gm mentega dicairkan

Cara:
1) Gaulkan semua bahan diatas
2) Sapu dulu loyang bulat 5 inci dengan mentega/marjerin
3) Masukkan bahan td ke dalam dasar loyang dan tekan padat guna belakang sudu
4) Bakar pada suhu 170C selama 10 minit

Filling:
250gm cream cheese ( used Philadelphia cream cheese yg taste better than Tatura)
100gm plain yogurt ( boleh ganti dgn whipping cream)
1/3 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur ( size B/C, not big size)
1 sudu mentega ( optional)
2 sudu besar tepung jagung
Biskut oreo - mengikut suka, dipecahkan/dihancurkan

Cara:
1) Pukul cream cheese, kemudian masukkan gula dan pukul lagi
2) Masukkan vanila, jus lemon, mentega, tepung dan yogurt. Pukul sebati
3) Akhir sekali baru masuk telur dan pukul sebentar
4) Masukkan biskut oreo ke dalam adunan. Ada orang suka masukkan oreo yg dh jadi serbuk, jadi terpulang pada anda.
5) Bakar secara water bath selama 40-50 minit pada suhu 170C. Tutup suis dan biar kek dok dalam oven for 15 minit. Lepas tu boleh bukak sket pintu oven dan biar lg kek dok dalam tu 1 jam
6) Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
7) Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan.
8) Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.

Gambo. Layannn....
Lom bakar
Get ready nak kene bakar

Dah kuarkan dr chiller & loyang

Sudah dibedah!
Oreo Cheesecake with simple deco: Choc drizzle & strawberry

10 comments:

Atah Rashid said...

akak, xtau pun akak ada blog. nasib kite tgk gmbr akak ada tulis add blog akak. kat FB akak xtunjuk cara2. boleh la try buat dis week or sempena buzday kite next week -Tikah-

Farra Da Smiley said...

Tikah, awak pon ada blog rupanya! ok try jgn tak try yerkk

Atah Rashid said...

hehehe. kite start blogging time frust bercinta 2009 aritu. now jadikan hobby. tp kdg2 idea ada, tp menulis tu malas.

nway akak, happy anniversary & semoga selamat melahirkan yer. :)

Mummy ZaraZarif said...

wowww..sdapnye..

Farra Da Smiley said...

Tikah, tq and aminnn

Mummy zara, nyum2 :)

p!nkerton said...

nampak sgt yummmmmmy pliss. nyam nyam nyammmm! happy anniversary in advance ;)

Farra Da Smiley said...

Fatih, tq u..;)

Shaza Shamsuddin said...

uuuu nak cuba buatlah. sedap tuuu.. ari tuh dah cuba buat choc cheesecake, bleh laa setakat nak puaskan tekak family kecik nih kan. kekek :p tq for sharing the recipe.

Aksi ke Sekolah Giveaway Contest
UPSR-5A, PMR-8A, SPM-9A

Farra Da Smiley said...

shaza, selamat mencobaaa ;)

yours_truly said...

Farra-- berapa banyak jus lemon tu? rasanya takde dalam ingredient list awak tapi ada dalam cara2 nak buat tu.. bersemangat nak try neyh! hehe

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...