Monday, November 1, 2010

Variety Bun: Mexican, Choc Chip Mexican, Sweet Roll & Cheese

Assalamualaikum,

Preggy kali ni aku agak hantu waffle dan roti. Suka sangat roti entahla kenapa. Sbb tu aku nak sangat BreadMaker! Kami pon dh pi survey BM last Sat, dah jumpa few options:
Tapi kami pulang ke rumah tanpa BM sbb nak cari lg. So hasilnyer dpt le beli Bread Flour RM3.80/kg dan mauripan RM1 sepeket. Ahad aku buat projek roti by mixer and hand. Jom layan!

Resipi asal adalah dr Mat Gebu, sapa lg kan? So resipi aku gini tanpa bhn pengawet nor bread improver:

Bahan-bahan:
500 g tepung roti (high-protein flour)
100 g gula halus
5 g garam halus
20 g susu tepung ( aku guna susu tepung anak jek)
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 g yis segera ( mauripan)
40 g shortening (lemak sayur), kalau tade leh ganti marjerin/mentega
250 g air
Filling dan topping kegemaran secukupnya ( lihat di bawah)

Cara-cara:
1. Satukan semua bahan diatas kecuali inti dan lemak sayur. Guna mixer, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga adunan menjadi lembut, anjal dan elastik, dalam 10 - 15 minit. Lps tu rest kejap then sambung lg guna mixer dalam 10 - 15 minit.
2. Alih ke dalam bekas yang besar, tutup permukaan bekasnya dengan plastic cling, dan biar doh naik 2 x ganda, dalam 1 jam gitu.
3. Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara dan uli sekejap. Penat seh! perutkukan boyot! Bahagi doh kepada 12 biji bun!
4. Lepas dibentuk ikut jenis bun di bawah, rehatkan selama 30 - 45 minit.
5. Sapu permukaan roti dengan egg wash/topping ikut bun bwh tu & bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20 minit atau mengikut keadaan oven masing2.
6. Lepas keluar dr oven, Sweet roll bun boleh disapu dengan marjerin untuk memberi kilatan yg mantop!

Bahan Egg wash:
Telur & susu

Sweet Roll Bun:
Filling- Marjerin dan gula halus
1. Canai atas ruang nak canai menjadi bentuk 3 segi
2. Sapukan filling
3. Gulung sampai jadi bentuk Roll Bun
4. Sapu egg wash ( susu dan telur) dan bakar
5. Kuar dr oven terus sapu ngan marjerin utk memberi kilatan.

Mexican Bun:
Filling - Marjerin dan gula halus
Topping:
100gm tepung gandum
100gm mentega
100gm icing sugar
1 biji telur dipukul sedikit
Sedikit coffee emulco / sedikit bancuhan nescafe

Cara:
1. Pukul mentega dan icing sugar sampai sebati
2. Masukkan tepung dan telur
3. Last sekali coffee emulco

Choc Chip Mexican Bun:
Filling - Choc chip sahaja
Topping: Sama seperti topping Mexican bun tetapi tidak dicampur coffee emulco. Lepas letak topping, hanya taburkan Choc Chip

Cheese Bun:
Filling -Mozarella/parmesan cheese
Topping: Sama seperti topping Mexican bun tetapi tidak dicampur coffee emulco. Lepas letak topping, hanya taburkan Cheese

Proses mencanai Sweet Roll Bun. Bentukkan 3 segi, sapukan filling dan roll!

Selepas dibentuk semua bun, rehatkan supaya ia naik 2 kali ganda

Dah naik 2 kali ganda, baru letakkan topping / egg wash. Kelihatan: Sweet roll dan Choc Chip Mexican sebelum di bakar

Cheese Bun dan Mexican sebelum di bakar

Cheese Bun sudah dibakar
Choc Chip Mexican sudah dibakar

Mexican atau Roti Boy?

Sweet Roll Bun

Hanya sekali buat, dapat terus 4 jenis perisa! best kan? This is their favorite:
  • Mus'ab- Choc Chip Mexican
  • Mawaddah- Sweet Roll
  • Muaz- makan je sume apa yg Mama suap
Sabtu ni plan nak buat 1kg tepung lak nak bawa naik Genting. Jangan pancit kat Genting sudaaa :p

8 comments:

yours_truly said...

Bestt.. nanti kat NZ boleh laa try :)

Ummu Auni said...

tepung roti beli mana yer? aku pun nak cuba la

Ummu Auni said...
This comment has been removed by the author.
Farra Da Smiley said...

safurah, kalau kat NZ breadmaker murah, boli je terus

aini, tepung roti kat tesco mahal dlm RM4.60/kg..aku beli kat kedai jual brg kek RM3.80/kg

y@tipruzz said...

penat tak nk uli tu?
isk kagum aku!!!

catatan i am nieta said...

wow.. nampak sedap... :)

Farra Da Smiley said...

yati, ekceli tak penat sgt, aku aku penat time nak canai sbb aku canai duduk tak jadi, so aku berdiri..so sakit pinggang ...uli byk aku letak je dlm mixer, tumbuk hangin roti je guna tgn

k.nita, yeszaa!nak wat lg ni tak sabor den

Anonymous said...

boleh nak tanya... if you can recommend me what sort of oven yg boleh beli. I don't have oven at home, yg electric tu ok tak? which brand do you recommend? How do I know if an oven can work as an oven, faham ke... sbb tak naklah kalau oven yg tak leh nak bake pulak :D or yg tak leh bake beautifully :D

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...