Tuesday, November 2, 2010

Chest Freezer & Cuti bersalin 81 hari

Freezer, satu benda ciptaan manusia aku sgt suka! Freezer umahku sokmo je penuh ngan stok daging/ayam/ikan dan frozen food yg dibeli atau dibuat sendiri. Like last wiken, I made frozen Popiah ( again?) and Instant Apple Pie, supaya senang nak Brekfeast pepagi di hari kerja. So bila tgk Freezer ni asik penuh dan dah terjumpa bloggers yg guna Chest Freezer, terfikir la juga nak beli Chest Freezer untuk simpanan stok susu akan datang.

Aku sudah jumpa bloggers yg guna ini macam Ena, KuaciBunga & Ely.

So lepas bincang ngan en hubby, die pon setuju. Tapi lambat lg la nak beli, lepas bersalin. Cuma kami dh pi survey dan harganya gini:
  • Mistral-RM780 rasanya sbb die kata lg mahal dr Faber
  • Faber-RM750 ( ni konfem)
Justifikasi lain:
  1. Power consumption pon tak tinggi sgt berbanding beli Fridge besar
  2. Lepas dah tak guna, cabut je la kabel dan tunggu untuk digunakan utk anak seterusnya
  3. Kalau dh takmo beranak, dah boleh jual as 'pre-loved item'
  4. Chest Freezer ni tak besar sgt, just nice letak kat dapur

Inilah rupa Chest Freezer Mistral! I likee...senang nak susun susu kan? Semangat ni nak perah susu!!!
Barang lain aku aku agak mengidam tapi mungkin la tak beli:


Medela FreeStyle BreastPump
  • Keperluan: 50-50 kerana sekarang ni ada Ameda Double Pump
  • Knapa terasa nak beli?
  1. Sebab teruja tengok ramai ibu bekerja guna Medela FS
  2. Malas nak hangkut Ameda pejabat-rumah. Rasa nak letak 1 BP di rumah dan 1 BP di pejabat.


Infant Carrier
  • Keperluan: 50-50 kerana sebelum ni anak dah 3 org tak penah ada benda ni ok jek
  • Knapa terasa nak beli?
  1. Sebab tak penah ada. Kang tak beranak lg dah kempunan tak penah guna :p
  2. Macam comel je baby dok dalam ni & senang nak hangkut jejalan
Tapi dah inform my SIL, nak pinjam je Infant Carrier die..die kasi...yehuuuu! ;)

Bukan shj Chest Freezer nak kasi semangat nak kumpul stok susu bebanyak, tetapi juga yg ni
>
>
>
>
>
>
>
Bos sudah luluskan cuti bersalin saya utk 2 bulan dan 3 minggu = 81 days +-
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah. Rezeki Allah nak kasi macam-macam bentuk kan? Surat permohonan saya panjang juga dengan justifikasinya sekali. Moga mudah la nak kumpul susu sebelum masuk keje nanti.

Cuti tambahan ni dikira seperti berikut:
  • 12 hari - carry fwd leave 2010
  • 4/5 hari - cuti tahunan 2011
Jgn bimbang cuti tahun 2011 ku masih banyak lg bakinya. Cuti tahunan 30 hari.

21 comments:

laydida said...

pinjam surat justifikasi? :P manala tau kot beranak anak no-3 nanti (kalau dah tukar boss hahaha) bole guna surat tu..tehehehe..

kite mcm cenderung nak beli freezer gak. still dlm perbincangan.

buai mcm elyssa punye tu tak masuk list ke? >:)

Farra Da Smiley said...

dali: boleh saje..ku email nnti surat itu ;)email tm ke?

freezer idaman mu tu bajetnya lebih..yg ni murah saje =)

buai elyssa tu sesungguhnya kehendak la sgt! wakakka

aida said...

bg aku, medela fs tu tak perlu sebab org yg sesuai with ameda n avent tak sesuai sgt pakai medela. Aku tak rasi with avent, asal pakai je, nip crack n berdarah. Ada 3 kwn aku tak serasi with medela

Farra Da Smiley said...

aida: ok agak setuju BP ni ikut badan mak, deman pon kata gitu , medela manual yg aku beli tu dh simpan kat gobok jek huhu..kurasa ia kurang suction dr avent..ok la..aku standby avent manual kot / spektra saje

kaezrin said...

simpan juga surat tuh kot akak nak pinjam nanti ker..:P

btw akak pun ada baby carrier tuh kot nak pinjam..:P

Farra Da Smiley said...

k.elin, ok noted..surat ni wajib simpan

catatan i am nieta said...

aida n farra.. bg kak nieta yg dah pakai 3 brand nie, ameda, medela harmony n avent..so far akak tak suka avent.. tapi ameda Alhamdulillah sampai ke hr nie stil pakai.. tapi utk medela fs akak pernah pinjam member punya sbb tertinggal sparepart..ok aje.. qty yg sama tapi masa lg pantas.. so tak brp betul la kalau kata pakai ameda tak rasi dgn fs tu.. tapi kalau avent ye setuju.. hehe..avent ku masih dalam kotak.. pakai sekali je..

sikulat said...

part yang pakai avent tak rasi medela . aku pun contoh yg ok due2.. same production / suction more or less the same.. / cume FS bantu tak lenguh tangan & lebih jimat masa.. hehehe

fara .. cuti tahunan ko 30 hari ? adakah sbb aku masih di band1 so aku 26 saje ek ? ihihihi

Unknown said...

kak..saya pon teringin nk beli freezer tuh...semangat utk next baby nih..hehe

Zuraimah Ismail said...

i own that kind of freezer too!!! hehehehe...mmg berbaloi beli..

design ni lagi cantik la kut sbb clear view...i punye kene tarik dulu baru bleh nampak isi dalam..

kut nak tgk..kat sini
http://szuraimah.blogspot.com/2008/02/upright-freezer-new-bf-essentials.html

Farra Da Smiley said...

k.nita, sy serasi ngan avent n ameda, medela fs tak penah try lg

semah, yer sbb band 2

et, jom beli! ehehhe

Kct, so time akak beli dulu bape RM? skarang dh tak perah so masih guna for other usage?

Zuraimah Ismail said...

yeszza...guna tuk simpan lauk2 kala shopping tak hengat di pasar...:) plus buat ice ketul

Farra Da Smiley said...

kct~ bagus sgt kegunaan tu!i likeeee

lps ni senang wat ice ketul time musim raya/ open house ehhehe

Zuraimah Ismail said...

ya betul..:)

p!nkerton said...

wah kak chest freezer tu sgt menarik! harusss smgt lebih nak buat stok kasik penuh fridge kan hehe.. beli jgn tak beli tau.
saya pun mcm bercita2 nak beli FS tu. drg kata sambil jemur baju, masak, selamba je boleh pump! hihi

tinidewi said...

Pergh kalu aku berduit, wajib aku berangan chest freezer satu!

Farra Da Smiley said...

fatih, ni yg semangat nak wa stok byk2

kak tini, kalau u berduit pon kalau nk beli chect freezer dah jd "kemahuan", sbb kan akak dok umah so tak perlu la kot nak lotak susu perah ..ker dah ada yg no 4??? jeng jeng jeng :p

Yan said...

perghh cuti tahunan 30 hari?? tak penah yan dpt

yan pun tak beli baby carrier tu... aritu pinjam kejap ibu punye... tp dia kata amik trus.. coz tak guna dah.. tp adhwa sekali jek guna waktu p kelantan.. pastu tak guna dah..

Farra Da Smiley said...

yan, alhamdulillah cuti tahunan 30 dys..hubby jua jeles ehehhe..sesuai la mak yg cuti byk kan

Anonymous said...

Thank you for posting such a useful, impressive and a wicked article./Wow.. looking good!
Freezers

asma said...

Salam..boleh saya tahu faber chest freezer tu beli dkt mana? saya tgk dkt website faber harga seribu lebih

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...