Tuesday, October 26, 2010

Nasi Portugis & Kacang Kuda berempah

Ekceli masa buat Nasi Carrot tempohari, tu la 1st time ever in my life beli Beras Basmathi. Aku yg lurus bendol ni terus order 3kg beras bila budak kedai tu tanyer " kak, nak bape kg?" . Siap aku kene hantar beras dulu ke kereta then sambung beli brg lain kat kedai tu sbb berat kan, aku beli brg sesorang, perut sudah boroi :p

So last week aku pon buat Nasi Portugis sebelum kami shopping barang kat The Curve. So di The Curve kami hanya beli barang no dining out sbb perut dh kenyang. For Muaz, aku bawa bekal lg nasi ni sket.

Memula dulu terjumpa resipi kat Mat Gebu . Lps tu kat dapur suzi. Apa lagi mesti la mak buyong tergoda! Lagi-lagi beras basmathi tgh banyak! Jom layannnn. Sila jangan tanyer den knapa nama dia " NASI PORTUGIS"? aku sendiri tatau ma....anyone berdarah portugis boleh jawab kot! ehehe

Bahan-bahan:
500 g beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan
300 g daging batang pinang* ( aku guna daging biasa je sb tatau yg hak mana btg pinang, bole?)
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 inci halia, diketuk*(*rebus hingga daging empuk dan hiris nipis)
500 ml stok rebusan daging
500 ml santan
2 helai daun pandan, disimpul
2 camca besar minyak sapi
3 camca teh jintan manis*
1 camca teh jintan putih*
3 camca teh cili kisar*(*dikisar halus) ~tapi aku taruk 3 sudu besar cili kisar sbb suke :)
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih ( ku tarak, so abaikan jek)
3 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN ( sume ku tarak..so kuabaikan jek, malas nak soh Cik Abe pi pasar)
Hirisan daun sup/daun bawang
Gajus goreng
Bawang goreng

Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak sapi (tapi aku marjerin sbb tu je ada) dalam kuali, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, masukkan daun pandan dan bahan kisar halus, masak hingga rempah garing. Masukkan beras tadi dan goreng hingg rempah rata dengan beras.
  2. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang santan dan stok daging, tambah garam secukup rasa dan masak nasi seperti biasa. Bila nasi kering, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Terus memasak hingga nasi tanak.
  3. Balik2kan nasi dengan chop stick (cukup 3 - 4 kali gaul). Taburkan bahan hiasan sebelum dihidangkan bersama lauk lain yg anda gemari. In my kes salad sotong ball je, punyala malas :p
Nasi Portugis ni kugandingkan je ngan Salad Sotong Ball. Versi pemalas :p
Salad sotong ball=Sayur salad kegemaran anda + Sotong Ball goreng + Mayonis

Sebelah malamnya lak aku buat Kacang Kuda Berempah untuk dikunyah-kunyah sambil buat keje & bawa ke pejabat.

Bahan-Bahan:
Kacang kuda- direndam semalaman dan direbus
1 bawang besar- dihiris halus
2 bawang putih-dihiris halus
Biji Sawi
Cili kering - dipotong serong
Daun kari
Serbuk kari - 2 sudu besar bancuh sket ngan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tumis bawang, cili kering, daun kari dan biji sawi sampai naik bau
2. Masukkan rempah kari sampai masak. Kalau kering sgt tambah ayor sket
3. Campak garam mengikut tahap kesihatan :p

Ekceli next week Hubby nak belanja gi bercuti 2D1N. I choose Genting, tp fully booked! So tempat mana lg besh for oliday ek? Janda Baik? Bukit Tinggi?
Kalau tak jadi pi oliday, aku dah plan nak buat NASI JAGUNG plak ngeeeeeeeeee

4 comments:

LiTtLe^m3 said...

rajin2.... boleh try masak utk raya haji ni.. maklumlah raya haji ngan hubby je masak la special skit. so popaih adalah makanan lengkap.. semua khasiat ada senang kan?

Farra Da Smiley said...

baiti, yesza..berkhasiat sgt! tarak pak aji..sila bersenam lps melantak tu! :p

Zuraimah Ismail said...

eh menarik aaa kacang kuda tu...nak try gak aaa

camne nak beli kacang kuda ni? giant ada?

Farra Da Smiley said...

kct, ntah la giant ada ke tak..ade kot..sy beli kat nsk, sebelah pasar borong

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...