Wednesday, September 15, 2010

Halal Information

~Scheduled entry made on last day of working before Eid holiday~

~ Sekadar Gambar Hiasan~

Hari terakhir bekerja ni alhamdulillah reda sket kerja. Jadi aku amik kesempatan untuk menjalankan Research berkenaan Cheese Halal dan Halal Info.

Memula terjumpa blog ni, bagus juga info pasal Cheese Halal.

Lepas tu terjumpa blog ni plak, mmg bagus jugak! Info dr Infanca ni pon bagus!

So antara yg dipelajari ialah, nak cari Cheese halal seperti berikut:
  1. Pastikan ada logo Halal yg diiktiraf oleh Jakim termasuk luar negara. Senarai International Certification Bodies anda boleh lihat disini. List ni aku dh print letak dlm beg tangan. Masa beli groceries je boleh rujuk.
  2. Cari keju yang dibuat dr Rennet yg sumbernya halal. Yang menjadi isu ialah Rennet yg dibuat dr sumber binatang yang tidak disembelih mengikut Islam atau dr Khinzir. So alternatifnya carilah Rennet yg dibuat drp:
  • Microbial rennet ( dr mcrobes ie bakteria)
  • Non animal rennet (dr bahan kimia/sumber bukan haiwan)
  • Vegetable rennet ( dr tumbuh2an)
Antara lain Halal Cheese yang saya dapat tahu setakat ini:
  1. Keju Tja, buatan Malaysia. Apa lagi jom kasi sokongan. Sumbernyer disini.
  2. Philadelphia Cream Cheese sbb it is non-animal based. Yang ni kita salu buat masak Cheesecake itu la. Sumbernya disini.
  3. Cabot Cheese ( tak penah lak dgr, ada ke dia Malaysia?). Sumbernya disini.
  4. Colonna ( tak penah dgr gak) . Sumbernya disini.
  5. Chesdale ( ada logo NZ Islamic Processed Food Management). JAKIM dah sahkan ianya Halal. Sumber disini.
Research ini takkan berhenti setakat ini, bila ada masa akan bersambung lagi. Sebarang maklumbalas dr kengkawan yang tahu boleh dikongsi bersama ok?

Sapa la tak suke cheese kan? letak dlm pizza sodap..sedap kat baked pasta sodap..letak kat lasagna sedap..erk lama dah tak buat lasagna. Lps raya ni wajib buat la! ehehhe

2 comments:

aida said...

thanks 4 da info! Sini mcm2 cheese, pening nak memilih

addinfarhani said...

means, keju yg org dok guna utk wat kek tu cheese philadlephia cheese cream lah?

*firsttime nak wat cake coklat+keju...

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...