Monday, September 6, 2010

Cream Caramel

Semalam baru terhegeh-hegeh nak fikir apa juadah iftar utk disedekahkan ke jiran-jiran. Akhirnya terfikir nak bagi Cream Caramel. So hubby belikan telur sepapan masa die balik dr solat zohor. Kui 3pm lebih siaplah CC ni. Alhamdulillah, dapat kasi ke 5 buah rumah jiran termasuk umah mak. Kalau tak dah boleh kasi 6 umah, tp 1 umah tu mcm tado orang pulak. Dan seorang jiran membalas dengan Kuih Sagu. Dapat la kami berbuka dgn 2 Pencuci Mulut gitew ehehe
Cream Caramel

Bahan-bahan:
6 biji telur
1/2 cawan gula pasir
Sedikit esen vanila
1 tin susu cair ideal
1 tin air
1 sudu besar tepung kastad

Bahan Caramel:
1/2 cawan gula pasir
Secipot air

Cara penyediaan caramel:
  1. Letak air dan gula dalam loyang
  2. Bakar atas api kecil
  3. Biar sampai jadi gula hangus
Cara penyediaam Cream:
  1. Pukul Telur sampai kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lg
  3. Masukkan susu, air dan esen vanila
  4. Tuang dalam loyang yg ada Caramel tadi
  5. Tutup loyang dengan foil supaya air tak masuk
  6. Kukus selama 20-30min
  7. Bila dah sejuk baru boleh kuarkan dr loyang yer
Aku dan hubby berbual semalam, terlalu banyak lg perlu diperbaiki utk Ramadhan tahun akan datang, itupon jikalau berkesempatan. Antara kupasan:
  1. Jamu orang makan lagi afdhal di bulan Ramadhan, bukan bulan Syawal~ plan tahun depan awal Ramadhan nak distribute Kurma pd jiran2. Kuih Muih boleh bagi anytime kalau buat, kene buat lebih. Nak buat makan-makan bulan Syawal pon tade masalah, sila2 yer.
  2. Ramadhan bulan beribadat~ plan tahun depan semua persiapan raya nak buat awal. Bebaju nak siap sebelum Ramadhan masuk. Kuih Raya kene buat sebelum masuk 10 hari terakhir Ramadhan
Ni antara kupasan kami la..ada lg kupasan2 yg hubby kasi sangat la bagus...mm...susahnyer nak qiamulail

7 comments:

y@tipruzz said... Reply To This Comment

beb, caramel hang 1/2 cwn gula tak manis giler ker? aku buh 6-7 TBS jer hehe

Farra said... Reply To This Comment

yati, manis jugak....so nampak cam keraknyer byk sket ler sbb caramelnyer byk ..aku main cilok je resipi dr mana ntah ni

aida said... Reply To This Comment

kalau ganti susu ideal tu dengan fresh milk boleh ke

gula kastard tu ganti dengan gula biasa yang dikisar halus boleh ke

Farra said... Reply To This Comment

aida, bolehh guna susu fresh milk..
mana ade gula kastad? gula biasa je ni

y@tipruzz said... Reply To This Comment

aida - aku guna gula biasa jer..tak kisar pon..ok sajer! tp kurangkan caramel tuh, harus manis banget hehe

aida said... Reply To This Comment

oh thank you thank you.. aku tengok apa yang ada lah, alamak tersilap gula kastard, tepung kastard. kalau takde takpe kan.. haha.

nih pun aku ingat nak ganti santan untuk susu cair tu.. terlupa nak beli susu semalam

Farra said... Reply To This Comment

aida, ye btol, tepung kastad tu optional..kawan aku die letak biskut plain diblend halus, masukkan..aku pernah rasa, sedap jugak tawww