Monday, May 24, 2010

SSPN lagi : anda mungkin ingin tahu

Selepas 3 minggu bukak akaun SSPN untuk ketiga-tiga anakanda bonda, akhirnya sampai juga surat dan kad dari PTPTN. Bukak akaun dulu pada 27 Apr 2010. Ceritanya disini.

Maklumat yang anda mungkin ingin tahu:
  • Masa bukak akaun di Bank, tiada buku akaun diberikan
  • Selepas 3 minggu akaun, pendeposit akan dapat surat dan kad
  • Kad tersebut digunakan untuk segala urusan akan datang ( kot2 nak apply PTPTN masa anak masuk U)
Buka akaun boleh di:
  1. Bank BSN
  2. Maybank
  3. CIMB
  4. Agrobank
  5. Bank Kerjasama
  6. Bank Islam ( saya buka disini)
Dokumen yang diperlukan masa bukak akaun:
  1. Salinan i/c pendeposit = ibu/bapa
  2. Salinan mykid dan surat beranak anak
  3. Duit deposit ( min RM20 jek)
Faedah:
  1. Pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun ( yesss i likeee)
  2. Khairat kematian pendeposit sebanyak RM2,000
  3. Risiko rendah
Cara menyemak penyata SSPN:
Cara menambah simpanan:
  1. Melalui perkhidmatan E-SSPN
  2. Maybank2u ( Payee name: PTPTN-SSPN)

Mari menabung untuk masa depan anak-anak. Kalau anak-anak dapat scholarship pulak bila besar nanti, duit ni depa boleh guna utk depa memulakan hidup baru = kahwin. Chewahh :p

Saya diversify simpanan anak-anak untuk mengurangkan risiko dan pelbagaikan pulangan melalui simpanan TH ( selalunya duit raya/duit hadiah ), TakafulCerdik ( protection), Unit Trust ( dana pendidikan) . Masuk pon tade la banyak pon, cuma sket-sket harap2 lepas tu jadi bukit :p

3 comments:

blogadmin said...

seronoknyaaaaa menabung...

kami belom bukak apa2x akaun pun utk anak2x..semua duit diorang dalam akaun ibu ayah lagik.

Tengah dok pk2x jugak ni akaun apa nak bukak.

Thanks for the tips fara!

Ummu Auni said...

SSPN ni bawah ASB juga ke?

Confident ke tak ada unsur syubhah?

Farra Da Smiley said...

hanis~you are welcome..selamat menabung ..bukak dr kecik dan tunjukkan pd mereka..sure depa lg semangat

aini~tatau la bawah asb ke tak

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...