Saturday, April 10, 2010

Breast Milk, Bby Food, Avent and me

Cerita Muaz hari ini:

Setiap hari bila Mama nak pergi kerja cari rejeki , Mama bekalkan saya susu badan dan homemade bby food ke nursery.

Mula-mula mama pastikan bekal coleman biru ini bersih. Setiap hari Mama cuci bersih. Mama tulis nama saya supaya tak tertukar dengan kawan lain. Mama guna bekas ni supaya susu dan makanan saya tahan sejuk sementara nak sampai ke nursery.

Setiap hari mama bekalkan 5 botol susu badan berjumlah 22oz dan 2 botol bubur/puree. Mama letak label tarikh dan label bubur sebab takut penjaga di nursery tu tak tahu bezakan bubur dan susu :p. Penjaga saya guna BabyFood warmer yang mama beri.
Inilah rupa bekalan yang mama dah letak dalam bekas coleman.
Walaupon stok minuman saya secipot aje dalam peti sejuk (lebih kurang 28 botol), tapi mama nak juga kongsi gambonye kat sini. Nasib baik mama masih rajin memerah di pejabat, ye la saya ni kuat minom tawww
Mama kata ada kawan mama guna Avent Manual tapi dapat susu sket. Kat sini mama nak buktikan there's no problem with Avent. Lihatlah susu perahan mama di rumah ni, dpt 10 oz! Avent ni kan as effective as electric pump. Mama kata, Putri Irin yg salu travel tu pon guna Avent dan masih menyusu anaknya secara eklusif. Oh ya, Medela Manual yang mama beli rm80 hari tu dah tak guna langsung daa..prestasinya tak sehebat Avent manual. Mama tak petua yang specific untuk banyakkan susu. yang saya pasti mama kuat makan dan minom haha :p

Hari ni saya dah bagi surprise kat mama dan ayah! taraaaa.....lihatlah, saya dah pandai pegang botol sendiri tau! Hari ni baru saya dapat peluang tunjuk skill ni kat mama sebab hari ni baru mama nak kasi saya susu badan dalam botol. Ok la..Muaz nak sambong tido ;)

5 comments:

SUNFLOWER said... Reply To This Comment

hehehehe...chomell cerita muaz =)

Anonymous said... Reply To This Comment

Farra, guna semula ke botol² tu utk simpan EBM.

-Kak Yani-

Farra said... Reply To This Comment

sunflower~ mama dia yg lebih2 haha, bukan muaz bole blog pon

kak yani~yer..guna semula kak

CT said... Reply To This Comment

chomelnye muaz....
huhuhu dah lama x mengepam....but i am still BF humayraa....

mamaqis said... Reply To This Comment

hmmm...saya sekarang guna medela harmony tu macam kurang dah suction dia. dah 6 bulan guna....perah guna tangan lagi cepat and kuar banyak. avent lagi bagus ekk