Wednesday, March 17, 2010

Roasted Chicken

Menu wajib di rumah kami setiap minggu :)

Roasted Chicken


Bahan-bahan perap:

4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah kecil
1 biji bawang besar kuning
1 sudu besar black paper
2 biji tomato
3 batang cili besar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar madu
Kunyit - besar ibu jari
Halia - besar ibu jari
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1) Blend semua bahan-bahan perap. Jimat masa!
2) Campurkan semua bahan, lumur pada ayam. Perap selama 3-4 jam.
3) Tutup dgn aluminium foil dan bakar dlm ketuhar suhu 180" selama 40 minit.
4) Bukak aluminium foil dan bakar lagi 20 min untuk jadikan ayam ala garing sedikit.
Anggaran tempoh memasak 1 jam 15 min.

Marinated chicken

I always prepared ahead on weekly basis so that I would save my time a lot on weekly basis. That's why I managed to cook on certain week days.

Sayur:
Broccoli
Carrot
Cauliflower
Cara: Rebus sayur sampai lembut dengan air. Toskan air dan gunakan air utk membuat sos black pepper

Sos Black Pepper:

1/2 biji bawang besar kuning
1 sudu besar lada hitam
Sedikit kicap, sos cili, sos tiram
1 sudu besar mentega
Garam dan gula secukup rasa
Air rebusan sayur
Tepung jagung dibancuh dgn air
Sedikit stok ayam ( optional)

1) Tumbuk 1/2 biji bawang besar kuning dengan 1 sudu besar lada hitam.
2) Masukkan bahan tumbuk dalam air rebusan sayur bersama 1 biji lawang dan buah pelaga.
3) Masak dalam periuk kecil dengan api kecil
4) Masukkan satu sudu besar mentega, sedikit kicap, sedikit sos cili, sedikit sos tiram
5) Masukkan garam dan gula dan jika suka boleh masukkan sedikit stok ayam megi
6) Bancuh sedikit tepung jagung dan masukkan dalam periuk utk buat kuah tu pekat sedikit

Mama tengah pikir nak buat kek apa ni for Mawaddah 4th Birthday this coming Saturday.

5 comments:

ummi said... Reply To This Comment

apapon, habby bday mawwadah.. jadi anak solehah yer.

ps - ayam itu harus akak try jugak nih

myjuliana said... Reply To This Comment

looks yummy and easy. nanti daku try.

y@tipruzz said... Reply To This Comment

aku nak try jugak!!!

Farra said... Reply To This Comment

try la..campak je bahan2 n bakar dah siap! sos beli je kat kedai hehe..pasti anak2 suka

CT said... Reply To This Comment

sedapnyeeeeeeeeee nak try gak aaa....