Tuesday, March 16, 2010

Review Buai Letrik

Salam to all, ada yg tanyer awat tak update blog? hihi. Bz bangat ngan koje opis daa. Balik pon skang ni dah tak dpt on time! Pump pon 1/day jek! ergh..i don't likeee

Sharing sket psl review Buai Letrik (BL) for parents yg tgh dok consider nk beli buai letrik. Kami ni alkisahnya mula guba BL sejak anak no 3 ni, Muaz masa tu dia berumur 2 bulan 1 minggu ala-ala masa mula koje lps cuti bersalin. Mmg membantu sket ada buai letrik ( lebih-lebih lg org tarak maid) sbb Muaz ni susah sgt nk tido, then kalau tido tu asik nk goyang gitu... kang tak dpt pulak makayah dia wat koje umah. So bila buai letrik hayunkan buai dapatla tenaga penghayun (mama/ayah) digunakan utk kerja-kerja seorang maid = kemas umah :).

1) Polar

Harga: RM200
Kedai: Manjaku Wangsa Maju
Ciri:
  • Adjustable speed to set the perfect rocking speed
Ni la BL pertama kami. Pengasuh minta kat kami BL so kami pun kasi la Polar ni kat die on weekdays. Sbb kesian gak die nk hayun je buai. Die pon ada 2 org tua nk dijaga. Bila weekend kami minta sbb nk guna di siang hari. Tapi umur BL ni tak pjg. Talinya dh putus. Atok Muaz dah 2 kali ganti tali tapi putus gak balik.

Dah tak boleh repair so kami pon buat keputusan beli baru sbb kami pon sgt memerlukannya..ni diaa :

2) Sunflower

Harga:RM170
Beli di: Sini ( leboh murah, cuba bandingkan others like here and here)
Ciri lain berbeza ngan Polar:
  • Ada tali luar tambahan utk meningkatkan keselamatan buai
  • Auto timer device to adjust rocking time automatically
  • Lebih senyap sedikit
  • Adjustable speed to set the perfect rocking speed
  • Warranty: 6 Months Limited Warranty
  • Award Winner, Winner of Product Excellence Award from SIRIM
Ni rupanya Sunflower dlm bilik tido kami :)

So far so good la Sunflower ni. Perkongsian peribadi ini hanya utk parents yg nk consider beli buai letrik, dan bukanlah utk tujuan promosi supaya anda menggunakan buai letrik. Ini kerana topik buai ni seringkali mengundang pelbagai reaksi/komen ibubapa. Yg penting, keselamatan anak tetap keutamaan! :)

3 comments:

ieka said... Reply To This Comment

haritu mcm nampak juga sunflower ni.. so tak sure mcmana it works.. tgk fara reveiw ni bolehlah consider in future kot :D tq :)

myjuliana said... Reply To This Comment

farra, aku tak penah pakai buai utk anak2ku. mak mertua aku penah guna masa balik kampung, end up tergolek jatuh sbb budak2 tu tak reti. hehe.

Arisy said... Reply To This Comment

kami pun dulu guna BL, yang shape kotak tu. Mmg helpful. Tapi dah agak2 baby terlena, switch off slowly..