Thursday, February 4, 2010

Percutian bajet di Melaka (updates!)

Mula-mula tiada perasaan nak bercuti. Tapi layan jugak sbb ada penaja :p. Ini kisah pecuti bajet kami di Melaka 2D1N. Kos perbelanjaan ini dikongsi buat panduan bagi anda yg sukakan pecutian bajet seperti kami.

Penginapan

Sejak anak dah 3 orang ini kami tak boleh lg dok bilik Standard biasa, kene bilik besau sikit. Kalau rate bilik besau di Hotel mmg agak mahal, jadi kami pilih HomeStay, iaitu di Jafmanurin's HS.
  • Jenis: 3 rooms apartment ( 2 with air- cond, 1 without air-cond)
  • Harga: RM150
  • Kemudahan: dapur, queen bed setiap bilik, alat2 memasak yg lengkap, tuala, telekung, sejadah, iron + board
So dpt lg Mama jimatkan kos dimana sarapan buat sendiri sbb bole memasak. Bhn2 bawa dr KL. Tuan umah pon baik tak caj pon kami cek out lambat ( 4pm). Mmg highly recommend this homestay. Next time oliday, kami nk cari homestay lg la, senang je just google :)

Tempat yg dikunjungi:

1) Mydin Melaka
2 kali gi mydin sbb lunch on 1st day dan beli selipar kekanak yg dh putus on 2nd day. Mydin sgtlah besar.

2) Taman Buaya
Tiket dewasa RM8, kekanak RM5 kot, mm tak ingat sgt. Not really syok sbb kat zoo dah ada buaya and most boye sungguh pasif. Show pon tade masa kami mai tuh.

3) Kota A Famosa
Punyala susah nk cari parking kat area town. Memula dh decide nk blk jer but tetiba ada rezeki dpt parking. Bergambo2 je kat area ni. Tp syok..ramai sgt orggg

4) Menara Taming Sari
Tiket RM10 dewasa , RM5 kekanak. Best best sgt! Wajib gi ni kalau mai Mlk. Sayang skali videocam tgh dicaj kat apartment, so kami tangkap gambo je kat sini.

5) Ikan bakar umbai
Rasa yg sungguh menghampakan. I tell u cannot beat the taste of Ikan Bakar istana. Mungkin sbb ramai giler org sampai kualiti kureng. Mmg hilang mood kejap bila food sampai lambat sgt + rasa kureng + muaz terjaga dr tido n nangis2

6) Zoo Melaka
Dah 2 kali gi zoo bulan ni. Last 3 wks kat Zoo Negara. Muaz langsung tak layan stroller. Huhu sakit sgt tgn ikut turn dukung dia. So ayah tangkap videocam kejap jer. Tiket dewasa RM7 kekanak RM5 kots

7) MMU Melaka
Mengimbau kenangan masa Pre-U disini. Masa tu Mama n Ayah lom kenai lg hihi. Sangat teringat zaman2 telnet dulu hihihih...btw asrama dah kene tutup skang ni.

Mai layan gambo.

Menara Taming Sari yg best

Zoo Mlk yg sgt besar. Penat jln. Moga lemak2 terbakar :p

Ikan bakar umbai.Jumpa Gina n family kat sini

The homestay. Selesa n for muslim only.

Tmn Boye

A Famosa dan sekelilingnya
MMU Melaka. Gambar bawah kiri tu: asrama kita ditutup. Gambar bawah kanan:FOSEE Mgt. Dulu aku group 30. Sapa lg group 30?
So penjimatan dr kos hotel hebat dpt disalurkan ke aktivit-aktiviti menarik di atas. Kalau anda tak naik MPV like us lagilah bajet. hihi

9 comments:

Ealyie said...

ehehehe.. Melaka best kan? tempat kocik tapi mcm2 ada.. :D

Ummu Auni said...

homestay mana?
give the contact info, hehe
gambar MMU melaka tak ada ke?
rindu!

Farra Da Smiley said...

ely~byk lg tempat tak cover tuh..2D tak cukuppp

eni~ada2 esok aku updet gambo MMU oki

Zuraimah Ismail said...

wahhh bagusnya....kami yg selalu balik melaka ni pun x pernah lagi bawak bebudak ni jenjalan melaka...:)

y@tipruzz said...

zoo melaka mmg best.
taming sari tu je aku tak merasa lg.

muaz ngan waddah sama muka kan...copy cat sungguh :)

Farra Da Smiley said...

yati,ko wajib naik taming sari tu tau next time g mlk..

aku rasa sume muka depa copy cat hehe

myza said...

wah..ibu mertuaku juga ajak naik taming sari..
btw; seriyes muke muaz fotostet muka mawaddah :)

Farra Da Smiley said...

naik zarid, mmg syok! rugi toi tak bawa videocam huhu

Juju said...

tq buat entry ni, sy mmg ada plan bujek holiday je, tp tak tau nk refer mana,alhamdulillah jumpa blog ni, thanks!

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...