Wednesday, January 6, 2010

New routine for us

Rutin baru bermula buat aku, en suami, mus'ab dan mawaddah bermula hari ini kerana Mus'ab kembali ke PASTI kelas 6 thn, Mawaddah mula ke PASTI kelas 4 tahun. Kedua-duanya di sesi pagi, tahun lepas Mus'ab sesi petang.

Hari ini aku dan en suami tak ambil cuti. Aku bangun 5.30am untuk bersahur dan kemudian solat, mandi dan siapkan sarapan pagi. Anak-anak terpaksa dikejutkan jam 7 pagi kerana tak mahu lewat sbb depa ni dah biasa tido bangun lewat. Kami hantar anak-anak jam 8 pagi. Kami berada di situ lebih kurang 15 minit shj untuk melihat mereka duduk di kelas masing-masing. Alhamdulillah mereka ok saja, ada la jugak pelajar lain yang menangis tetapi majoriti yang menangis adalah pelajar lelaki. Pelik juga. Terlalu ramai ibubapa yang masih menunggu anak mereka tatkala kami nak tinggalkan PASTI. Kami dah jumpa pakcik bas ingatkan dia untuk ambil mereka jam 11 pagi nanti. Baru beberapa minit lepas aku call pengasuh, ingatkan nak borak-borak ngan kekanak tu tapi mereka dah tidur pulak. Penat sgt kot gi sekolah? He he. Kelas Iqra' yang formal insyallah akan bermula Jumaat ni, malas nak mula hari ni sbb kalau hari ni mak aku yg kene hantar. Takmo la susahkan emak.

So hari ni aku kepejabat tumpang en suami naik motor sbb nak cepat sampai ke pejabat. Opisku dan opis hubby benornya dekat je tapi disebabkan waktu pejabat berbeza terpaksa juga naik asing2, aku kereta, dia motor.

Rutin baru kami:
  • 6.15am-Mama siapkan sarapan mudah2 aje ( like today roti prata instant, nugget & jagung) . Siapkan bekal anak ( depa nak air ribena je)
  • 7am- Ab & Wadah bangun, bersiap , bersarapan. Mama hantar baby Muaz ke umah pengasuh & terus ke pejabat
  • 8am- Ayah hantar Ab & Wadah ke sekolah
  • 11am-Bas sekolah amik Ab & Wadah di PASTI & hantar rumah pengasuh
  • 3pm-Uwan amik Ab & Wadah di umah pengasuh dan tolong hantar ke kelas Iqra'
  • 4pm-Uwan/Atok jemput Ab & Wadah di kelas Iqra' dan terus balik umah UwanAtok
  • 6.40pm-Mama jemput bby Muaz kat umah pengasuh dan Ab & Wadah kat umah UwanAtok..dan terus blk umah kita ...so dlm kui 7pm sampai tu, mama masih sempat tgk citer Cinta Balqis :p
  • Ayah sampai umah antara 8pm-8.30pm, kalau kerjanya 'biasa'.
Gitulah rutin baru kami. Dan amat sukar bagiku utk masak memasak di hari kerja. Jika masak pon, yang cincai aje like nasi grg / mihun grg.
Ekceli susah juga nanti en suami nak handle Ab n Wadah pepagi tuh sebabnya mereka ada macam2 perangai 'baik' waktu pagi ie takmo mandi la, gaduh la, takmo pakai baju la etc.
Mama ada terfikir kalau Muaz dah boleh jalan nanti, maunya dia nak itot uwan/atok waktu petang masa amik Ab & Wadah tu kan?

Setahun lagi rutin ini akan berubah semula and I already have plan about it. Apapon Allah juga yg menentukan. Alhamdulillah Mama dah masuk hari ke 24 puasa marathon ;).

Lastly, Happy 5 months old to Muhammad Muaz today ( = 5 months exclusive breastfeeding) ^_^

Yang merancang,
Mama :)

8 comments:

mila.ibunajihah said...

hmm..teringat plak zaman sy sekolah2 dulu, camtulah..semua kena rancang dgn teliti,sape amik,balik mana,bekal..macam2. aperpun, gud luck ye..moga semua akan berjalan ikut perancangan, sy belum smpai lg ke tahap tu, another 3 years to go..:)

Tyha said...

Hecticnya life Farra...my be sebab perjalanan ke pejabat agak jauh....;).+ dah ada 3 anak yang perlu diuruskan.

Akak tahun ni Naufal dah masuk Nurseri...kira ok sikit x perlu tempuh jem ke rumah pengasuh. Mybe my rutin akan berubah tahun depan bila Najmi dah masuk darjah satu.Dan satu kemudahan sebab kat Kindergarten Najmi dah sediakan kelas Iqra selepas waktu sekolah...dlm pukul 6.00 dah habis.Bayar RM40.00 sebulan.Dan yang paling utama....jarak rumah dgn tempat keje dekat je.

Alhamdulillah...anak2 akak derang punya sarapan pagi roti @ biskut JACOBS high Kalsium sorang 2 keping,dah ok dah.Cuma weekend je akak masak untuk sarapan.Setakat ni masih sempat lagilah masak untuk mkn mlm.Yelah sebab umah dktkan...akak rasa kalau mcm Farra memang bihun pon x sempat goreng...hehehehehe...tambah ada anak kecik pulak.

Oh...pasal kuih apam tu...leh gi blog akak...akak dah komen...;) Moga impian farra tercapai ye...apa yang dirancang jadi kenyataan....amin

aida said...

alamak, aku pun kena tulis rutin aku laaa... hectic + stress

Farra Da Smiley said...

ibu najihah, dulu sy kecik2 ada kakak sepupu tolong jaga kami..so senang jugak..sampai la sy darjah 3

kak tyha, for me 2 isunya :1) mmg umah jauh dr opis (makan masa 1jam purata) 2) kelas iqra tade skali kat sekolah yang sama, tq kak...

aida, tulis2..sharing is caring ihiks :p

Zuraimah Ismail said...

wahhhh kire awal gak sampai rumah tu farra....

kak ct pun kene plan baikkkk punye la bila anisah dah start sekolah nanti..

skrg still OK with current routine sebab semua2 menuju ke tempat yg sama...

Farra Da Smiley said...

kct~sy wajib kuar sharp 5.30pm! so that my KPI to reach home be4 7pm is achieved

Zuraimah Ismail said...

wohoho nak kuar sharp 5.30 tu ada satu masalah berat at my side..huhuhu..

Farra Da Smiley said...

apa masalah kct?

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...