Monday, December 21, 2009

She's a strong mom of 3

Minat kami sama. Ya, menjahit. Cuma dia lagi hebat sampai menjahit berpuluh tudung DIY, Tote bag dll. Aku? sembap dah nak menjahit :p. Flashback komunikasi antara kami sebelum beliau berehat di SJMC sekarang....

Sabtu 2 bulan lepas ( tak ingat tarikh), dia call. Kami borak-borak pasal breast pump. Dia berkira-kira nak upgrade breast pump to dual pumping Ameda / Medela.

15 Oct, bertemu di open air parking luar bangunan T* di mana kami park kerete sebelah menyebelah. Berbual sebentar sahaja memandangkan jam sudah 8.30pagi.

17 Nov, dia called ajak makan, tapi malangnya aku on training. Betul-betul tade rezeki nak makan sama sebelum dia melahirkan.

25 Nov, aku call dia masa tengah drive on the way home. Biasala borak-borak kami pasal menjahit, anak-anak dan breast pump medela FS :) Ku dah mengidam medela FS tapi tahan dulu.

Selepas 25 Nov, kami bertegur sapa via FB dan sehinggalah pada pagi hari Rabu lepas masa mahu berangkat ke Fraser's Hill, aku mendapat khabar mengenai beliau masuk ke ICU melalui SMS dr CT dan Aida. Malam itu, aku tak dapat tidur lena..sesungguhnya hati teringat pada beliau, seriuskah...bagaimana dengan Fudhayl...beratnya ujian..dan macam-macam lagi di benak fikiran ini. Dari Fraser kami terus balik ke kedah seperti yang dirancang. Sementara itu, sudah aku ingatkan CT supaya sentiasa berkongsi khabar dia dan without fail CT sentiasa berkongsi berita terkini. TQVM CT!

Sejurus tiba di ibukota semalam dari Kedah, kami terus ke SJMC. Zainal tidak menjawab panggilan telefon / SMSku, tapi aku tekad hendak melihat sendiri beliau. Nasib baik suami ada membantu menjaga anak-anak di dalam kereta sementara aku meredah sahaja SJMC dengan petunjuk dr CT.

Pertemuan yang singkat semalam sedikit sebanyak memberi kepuasan setelah berhari-hari tertanya-tanya bagaimana keadaan beliau. Ya, beliaulah Ummu Nufayl yg aku maksudkan. Kami berkesempatan untuk berbual walaupun keadaan beliau begitu lemah. Sama-samalah kita berdoa untuk beliau semoga cepat sembuh dan kembali ke pangkuan seisi keluarga. She's among strongest woman that I know. In fact stronger than me!

Gambar masa kelas jahit tudung DIY Feb lalu.
Ya Allah, sembuhkan segera Ummu Nufayl. Amin

sampai rumah semalam dah malam..faham2 je la..rumah cam tongkang pecah ok...aku dh tak larat nak ngemas hape2..tangan lenguh dok pegang baby dr kedah jam 1030am, can u imagine? huhu..udahleh beratnya nak masuk 8kg

best ada blog...boleh meluahkan prasaan

10 comments:

kaezrin said...

ohhh dier antar anakkat taska tm kan..sl nampak...oh dear...

Farra Da Smiley said...

kak elin~yess...si abg n kakak dok taska tm tuh

ummi said...

akak kenal gtu2 aje dgn hany ni. pernah gak lunch sesama. semoga dipermudahkan semuanya..

farra, get a car seat dear.. lebih selamat dalam kereta..

Farra Da Smiley said...

kak tie~bukan sebab tade car seat, sebabnya kete udah full ngan penduduk & brg2, so tade tempat nak taruk car seat

eLLe said...

kite tersentuh hati bace entry jenal..hopefully hany akan sembuh sihat sepenuhnya dan kembali kepangkuan keluarga..

Farra Da Smiley said...

shell~pepagi buta dah menangis2 aku depan pc nih baca post zainal..huhu

catatan i am nieta said...

semoga hany kesayangan kita cempat sembuh ya... aamin..

Farra Da Smiley said...

insyallah kak nita..amin..tingat kita sesama koje kat bukit ( bkt mahkamah)

catatan i am nieta said...

smlm akak pegi..Alhamdulillah hany dah ok..boleh bercakap mcm biasa..

Hany FF said...

Farrah, wah ada entry khas. Thanks dear! I actually admire you, dgn personal financing, baking & sewing lagi...pastu aktiviti personal kita e.g: stocking ebm...banyak yg kita kongsi bersama. cuma hany nih banyak ujian ttg kesihatan. redha ja lah :)

kak nita & shelly - sgt2 concern kat hany! sayang korang!!!

kak elin - aah...hany salu senuym kat akak sbb i'm silent reader of ur blog, tapi akak tak perasan kot. actually nufayl & khilfi sekelas. tapi nufayl nih nakal sket...tatau dia kawan dgn khilfi ke tak. ;)

kak ummimon, kan kita salu lunch sama waktu akak pregnant to Iman & Hany pregnant to Nufayl. :)

Apa-apa pun, terima kasih bagi yg mendoakan kesihatan dan kesembuhan hany. :)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...