Friday, May 29, 2009

Syabas kepada HDC!

Ku tak suka orang forward-forward email tentang Halal Haram Makanan jika tiada pengesahan yang sahih.

Jadi semalam setelah mendapat email psl Crispy, ku hantar email ni kepada HDC berkenaan isu coklat CRISPY tepat jam 5pm.

Salam,

Mengikut Halal Direktori, Network Food Industries ni masih elok sijil halalnya, LUPUT PADA 30 Sept 2011.

Tapi jika dilihat penggunaan EMULSIFIER (E476) IAITU KOD UNTUK LEMAK BABI dalam CRISPY, saya jadi ragu-ragu.

Mengikut kenyataan Dr. M. Amjad Khan dr site ni , http://www.7cgen.com/index.php?showtopic=28797&mode=linearplus ternyata E476 tu dr babi.

Mohon siasatan. TQVM
Jam 10am hari ini saya telah mendapat maklumbalas berikut! Syabas HDC!
Salam Cik Farrah

Salam sejahtera dari Halal Industry Development Corporation (HDC) dan terima kasih diucapkan terhadap emel yang telah diberikan oleh pihak cik.

Merujuk kepada pertanyaan Cik, ingin dimaklumkan bahawa Network Foods Industries Sdn Bhd adalah pemegang sijil halal dari HDC.

Di bawah adalah komen daripada bahagian Audit dan Pensijilan HDC mengenai isu produk ini:

1.Snek jenama Crispy keluaran Network Foods Industries S/B dikilangkan di Shah Alam.

2. E 476 yang digunakan di dalam produk ini juga di kenali sebagai PGPR atau Polyglycerol polyricinolete , sejenis bahan pengemulsi yang berasaskan tumbuhan (Castor seeds/soya bean). Ingredien E 476 (PGPR) ini telah mempunyai sijil halal.

3.Produk ini, (Crispy) telah telah mendapat sijil halal dan sijilnya masih sah lagi (1/10/2008 - 30/9/2010).

4.Sebagai pengguna, tiada masaalah untuk memakan snek ini yang dikilangkan di Malaysia/buatan Malaysia kerana ingredien yang digunakan telah jelas dikenalpasti dan jika ada ramuan yang kritikal ianya telah ada sijil halalnya.

5. Setakat ini tiada lagi bukti yang PGPR ini dihasilkan dari sumber haiwan secara komersial.
Kami berharap pihak kami telah dapat membantu pihak cik.


Cik Farrah juga boleh melayari laman web ini
http://www.knowledge.hdcglobal.com/hdc/search.php?id_topic=1 bagi mendapatkan senarai produk atau premis yang telah mendapat sijil halal HDC.

Jika pihak Cik mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila layari laman web kami di: www.hdcglobal.com, atau emel kepada kami di refcenter@hdcglobal.com atau berhubung terus dengan kami di talian: 1-800-880-555 pada waktu pejabat.

Sekian, terima kasih.


Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.

Halal Industry Development Corporation

5.02 Level 5,

KPMG Tower, First Avenue

Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama

47800 Petaling Jaya, Selangor

MALAYSIA

Tel : 603.7965 5555 Fax : 603.7965 5500

Hotline : 1800-880-555


www.hdcglobal.com

Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak. Sebaiknya jangan suka panjangkan email yang tidak pasti kesahihannya. Saya amat benci fitnah.

Ni reply saya kepada HDC:
Terima kasih di atas maklumat tersebut. Saya amat menghargainya. Mengikut pembacaan saya juga ada sumber mengatakan E476 diperbuat dr sumber tumbuhan. Syabas diatas maklumbalas yang begitu segera.
Sebelum ini saya pernah juga menghantar email berkaitan Fitnah Bank Islam. Mungkin saya kongsikan kemudian.

Semoga perkongsian ini menambahkan ilmu kita sebagai seorang khalifah Allah dimuka bumi. Sesungguhnya yang baik datangnya dr Allah.

6 comments:

Ummu Auni said...

aku pun tak suka forward e-mail macam tu. selalu aku akan pergi website JAKIm dan check status dia.

Farra Da Smiley said...

aini~itula yg sepatutnya kan

Anonymous said...

Alhamdulillah...post yang byk membantu. Terima kasih

ShaFiAti said...

akak pun dpt email tu...if kat oversea, kite takleh la percaya E476 ni kan..kat m;sia lain la kan...

thanks for sharing the info with us...:)

-k.su-

Farra Da Smiley said...

k.su~sebaiknya kalau susah nak percaya kita hantarkan saja pertanyaan pada pihak yg lebih berkuasa..bukan kita yg letak hukumnya..btw, kalau kita sendiri yg ragu, tinggalkan saja ( elak makan terus) kan? :)

sitopimerah@android:~$ said...

Satu pengalaman yang menarik, saya akan link kepada blog saya berkenaan pengalaman puan ini.

Pengalaman saya membantu rakan-rakan dlm perniagaan sejak awal tahun ini menggunakan portal halal HDC juga sangat berkesan.

Saya secara jujur menyatakan rakan-rakan saya dari industri yang beragama Islam juga kadangkala tidak peka terhadap pewarna atau bahan emulsi yang digunakan dalam produk. Dengan menggunakan portal tersebut kami dapat mencari pembekal yang diiktiraf sijil halalnya.

Ini adalah lembaran baru kepada industri halal negara kita.

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...