Wednesday, October 22, 2008

Jalan raya

BTW, aktiviti 'Jalan Raya' kami tidaklah berjalan begitu lancar disebabkan suami kene berkerja lebih masa menyiapkan tugasannya yang deadlinenya hari Ahad. So saya jalan raya ngan anak-anak saja.

Jumaat
Jumaat malam saya & anak-anak ke open house SumayyaDesign. Tunggu cik Abang sampai jam 8.30pm dan akhirnya abang kata kerjanya masih tak siap. Kesian, dia pulang hampir jam 12 tengahmalam.

Sabtu
Kami sekeluarga beraya rumah kawan sepejabat, Kak Tie. Kemudian saya hantar cik abang ke stesen star LRT terdekat sebab dia nak sambung kojenye lagi. So, lepas tu saya dan anak-anak teruskan rayathon kami. On the way ke Bangsar, Mawaddah muntah segala makanan yang dimakan di rumah pertama. Nampak dia pon dah letih, tapi badan tak panas. Habis kotor kerusi sebelah pemandu. Di rumah Shima, saya mandikannya dan tukarkan baju baru. On the way ke rumah seterusnya, sepupu saya Abang Mat..Mawaddah memula baring..dia kata nak baring la mak..then bila dia duduk saja muntah semula ..habis pulak kerusi bahagian belakang. Saya takde baju ganti lain, so saya pakaikan saja baju tshirt abang Mus'ab. Nasi baik rambut dia panjang, so tade la orang ingat lelaki. Kami lepak sampai malam sebab saya plan nak terus jemput Abang di pejabat. Jam 10mlm baru kami sampai rumah! penat!! jam 12 kami terus tidur except Abang yg sambung lagi keje.

Ahad
Masa nak solat subuh terkejut tengok Abang belum tidur! Wah..sungguh dahsyat org kene buat programming ek. Dalam hati..wah sudah tentu plan rayathon kureng lancar. Kesian abang. Pagi itu saya hanya kemas rumah, basuh kereta ( dalam dan luar) dan membuat aktiviti berkebun. Syok sgt. Lain kali kita share la gambo aktiviti berkebun kita. Lepas tu kami hanya ke 2 tempat aje iaitu rumah Hani Ariff dan ke Tesco Shah Alam kejap jumpa kawan dan juga client saya nak isi borang tambahan pelaburan unit amanah. Abang kata dia tak larat jalan lagi. Lepas tu kami balik rumah aje.

Antara tanamanku..akan cerita lebih lanjut lain kali ok?

Dah lama teringin nak buat Baked Makaroni..so malam tadi saya buat 2 loyang..loyang besar bawa ke pejabat..nyum!!!

4 comments:

Ummu Auni said...

farra, tq sebab tolong ambilkan signature tu, hehehe

Farra Da Smiley said...

welkem eni, aku jeles ngan ko..buku aku tinggal kat umah ..thanks tapaukan kuih hihi

`Ain said...

kesiannye man.harap dpt claim OT.kalau tak, mmg tak berbaloi.huhu.hehe..aufa pon mcm mawaddah, kalau terlebih makan..muntah aje.

Farra Da Smiley said...

sis, entah psl OT tu..kami pon tak sempat lg raya umah akak kan..byk jemputan lain ;)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...