Saturday, October 25, 2008

Cendawan pertama kami!

Sebagai salah satu cara berjimat -cermat kami ialah projek pertanian makan sendiri :p. Kami mencuba cendawan buat makan sendiri yang dibeli daripada Gomi Mushroom.

Oh ya alkisahnya kami tidaklah sampai ke Pulau Indah Klang untuk mendapatkannya, tetapi ianya dibeli dengan tuan puan perniagaan yang kebetulan Abang Ipar kepada Hani Ariff ( tolong promote ni ). Kami ke rumah terbuka beliau minggu lepas dan tanpa kursus yang rasmi, kami ingin mencuba tanaman cendawan ini. Harga 1 bag hanya RM1.50 dan ianya boleh diguna hingga 6 bulan lamanya. Kami membeli 10 beg cendawan sebagai permulaan. Saya pon tak pasti bagaimana nak menjaganya cuma mencuba mengikut nasihat beliau.
Beg-beg cendawan setibanya di ruang dapur pada hari Ahad lepas.


Cendawan sedang mengeluarkan hasilnya tak sampai 7 hari. Hasil pertama cendawan keluar dari bahagian tepi , ni dek sebab tak habis belajor la ni :p. Hasil pertama cendawan saya terus goreng malam tadi. Fresh dan sodap!

Oh ya, menjaganya tidak berapa susah. Tidak perlu disiram dan saya hanya meletakkan beg-beg tersebut di atas meja di dapur sahaja. Yang penting tidak boleh kawan panas / cahaya matahari ;)
Nota:
Nisastore~ banyak design baru dan produk baru iaitu Hijab dan Pants
Resipi Baked Pasta~ Selamat mencuba!

4 comments:

afidalina said...

besnye farahhhh..waa cepat ler abes phd nih byk project nk execute!!!! hehee..=) sorry farah x sempat nk ziarah korang. insya Allah bila abes phd la kot kan!

Zuraimah Ismail said...

interesting!!!! nak try jugak aaa nanti...

Farra Da Smiley said...

afi, open house kita sama tarikh ek? kita baru tau

kak siti, mesti try! mudah aja

Anonymous said...

mahal la RM1.50
kt cn cuma RM0.80

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...