Monday, August 4, 2008

Kisah balik kg

Ni kisah balik kg naik kereta Proton Sagaku

Hari Jumaat lepas..kami keluar dari rumah jam 3 petang dan sampai ke kg kulim jam 12.20 pagi. Sungguh dashyat kan??

Ceritanya begini..
Jam 3 petang kami ke pejabat Abang dulu di Jalan Ampang sebab lesen memandu tertinggal..pusing2 KL menghala ke Tol jalan Duta dah makan 1 jam

Jam 5.45petang sampai di R & R Tapah untuk berhenti solat Asar.

Jam 7.30 malam kami menghampiri Taiping Utara dan saya mula memberitahu Abang untuk memasang lampu kereta hadapan. Terkejutnya kami tiada apa-apa cahaya pon yang keluar! Waduh..lampu kereta rosak..jadi tiada pilihan lain kami keluar saja tol Taiping U untuk mendapatkan bantuan. Alhamdulillah disebabkan ada kawan TM juga di Taiping kami berjaya mendapatkan bantuan. Menunggu hampir 1 jam, barulah mekanik melayu tu sampai. Yelah, masa tu time nak mandi la..nak solat la. Mulanya mereka tak cakap banyak tapi lepas tu macam-macam pulak kami borak. 2 3 orang dah mula telefon tanya bagaimana keadaan kami. BTW, kami semua ok..walaupun badan dah berbau dek naik peluh hehe. Yang kami tak tahan dan sangat stressnya ialah nak menjaga 2 beradik yang amatlah aktifnya..tak pernah duduk setempat..dah tu bukan berjalan tapi berlari merata-rata tempat. Hampir masuk longkang dalam pon ada! Dah la kat tempat tu kereta keluar masuk sebab nak ke tandas atau solat. Melihat mereka dah berpeluh dengan dahsyatnya, saya pon mandikan mereka jam 9mlm++ dalam tandas disitu sahaja dan pakaikan terus baju tidur. Abang dan saya pon take turn mandi. Abeh cerita. Balik rumah boleh tidur terus.

Bila jam dah masuk 10mlm, kawan saya mula sms nak tawarkan kami menumpang rumahnya kalau kereta masih belum ok lagi. Akhirnya, jam 10.10malam macam tu kereta dah settle. Perut kami lapar sangat jadi kami singgah di R & R Bukit Semanggol dan makan nasi lemak seorang 2 bungkus. Dahsyat tak? hehe

On the way ke kulim, 2 beradik dah lelap. Dek kerana keadaan sunyi sepi saya pon hampir tertidur. Tapi saya cuba bertahan sebab nak temankan pemandu so mulut saya tak berenti entah cerita merepek-repek pon dah keluar. Sampai di rumah semua orang belum tidur kecuali adik ipar. My FIL, MIL, BIL, SIL siap dengan anak menakan kami umur 2 tahun pon menunggu kami ehehe. Alhamdulillah selamat sampai.

Banyak yang kami bawa balik ke KL. Antaranya :
1) Buah rambutan, durian, dokong, cempedak & manggis. Kali ni balik KL kereta kami macam gerai buah. Puas makan. Dah sedekah kat pejabat dan jiran-jiran. Badan pon dah rasa tak sedap sebab 2 3 hari ni cuaca panas sangat. Sampai KL maghrib semalam terkejut sangat tengok satu pokok cili saya dah layu. Pokok limau purut pon sama.

2) MIL dah bekalkan satu lagi anak pokok cili dan lengkuas. Kami dah ada beberapa pasu cili tapi kali ni nak tambah koleksi cili kulim pulak. Lengkuas pulak yang kami tanam tahun lepas sangat subur tapi tempat tak strategik. Saya ingat kalau lengkuas baru tu hidup kat luar pagar, saya nak alihkan sekali lengkuas yang tak strategik itu ( dalam pagar).

3) Baju raya 3 pasang. 2 pasang saya buat baju kurung pahang dan 1 pasang yang biasa saja. Upah semua RM83. Lepas ni nak cari baju raya budak jek..mudah kerja..cam biasa saya beli kat Kamdar.

Ngantuk. nak tidur!

5 comments:

Ummu Auni said...

ko upah baju kurung kat mana? murah gak....tak jahit baju kurung dah ke tahun ni?

Farra Da Smiley said...

eni, kat kg mertua le..kulim..dah tak jahit..tade masa..umah pon lom start cat lg

~DiEyRa~ said...

wahh...adventure sungguh pengalaman akak balik kg ek...kita mmg takkan berpeluang lgsg nk merasa adventure sebegitu...almaklumlah...kampung dua2 sekakang kera jer kan..huhuhuhuh

`Ain said...

mlm tu kami pon tak blh lena tido sampai deman sms dah sampai umah mak:) abg di risau sgt jln kampung tu byk lembu..alhamdulillah sume selamat.

Farra Da Smiley said...

tu la dura---macam treasure hunt pulak hihi

k. ain- itulah suara abg di mmg dah mengantuk sgt, sampai sy reply tidur je la dulu..psl pesanan lembu tu ayah pon hantar the same sms to us " hati-hati byk lembu kat jalan tu" ;)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...