Thursday, April 24, 2008

My hero

[1] E-filing siap hari Ahad. Terlebih bayar cukai RM773. Terima kasih kepada PCB bulanan yang banyak membantu. Resit buku hanya jumpa dlm RM400.
[2] My only one and direct subordinate dapat anugerah TM award kategori Non Exec. Saya tumpang gembira!

[3] Semalam Mus’ab tercedera masa kat sekolah. Cikgu telefon saya jam 9 lebih, tapi saya tak berapa dengar disebabkan sedang bermesyuarat. Jam 12 lebih cikgu telefon semula dan tak sampai 10 minit, pengasuh pula yang telefon. Jadi, saya pon bergegas pulang ke rumah takut-takut kalau cederanya teruk. Alhamdulillah takdelah seteruk yang disangka. Bawa ke klinik bertemankan emak saya, dan lukanya tak perlu dijahit pon. Malahan, kat klinik aktifnya bukan main lagi, kat atas katil pesakit pon nak melompat lagi sampai Dr komen “ Jangan nak lompat-lompat. Dari tak berjahit kang kene jahit pulak “ . Cuma lukanya boleh nampak juga sampai ke dalam.

Saya juga berbincang dengan agak lama dengan cikgunya. Menurut cikgu, Mus’ab adalah seorang yang sangat aktif, tak boleh duduk lama atas kerusi dalam kelas, suka bergerak ke sana sini. Cikgu juga bertanya samada Mus’ab sukar hendak ke sekolah pada waktu pagi atau tidak. Saya menjawab, “ Mus’ab memang tak payah dipaksa ke solah kerana setiap hari dia seronok nak ke sekolah”. Pada pendapat kami, mungkin dia belum faham tujuan ke sekolah untuk belajar bukan bermain. Cikgu meminta Mus’ab berehat sebentar dr ke PASTI memandangkan mereka kekurangan cikgu buat masa sekarang. Attrition rate di PASTI agak tinggi (macam kat Contact Center la pulak :D). Dan kerana itulah, agak sukar untuk mengawal para pelajar yang bermain, bergaduh, tolak menolak etc. Buat masa sekarang PASTI tiada cikgu untuk pelajar umur 4 tahun. Di PASTI hanya ada 5 pelajar berumur 4 tahun. Dan kerana ini, mulai hari ini Mus’ab ‘on long holiday’ (mungkin untuk beberapa bulan) dari sekolah. Best jugak kan ? :p

Mungkinkah pendapatan atau tawaran faedah pekerja di PASTI perlu dikaji?
Kami bercadang untuk membawa Mus’ab ke klinik untuk mendapatkan pendapat doktor jika dia dikategorikan sebagai xxxxxaktif. Anda ada cadangan tentang klinik / Doktor yang sesuai? Oh ya, Mus’ab masih pakai lampin masa tidur malam. Umur dia sekarang 3 tahun dan 10 bulan.

6 comments:

Fitri & Nazihah said...

Farah, ogy x berani nak cakap lebih, cz my aqilah masih kecil. But what I can say, farah kene buat sesuatu utk prkmbngan Mus'ab. Masih belum trlambt. For example bawa gi jumpa pkar knak2, ikuti klas khas for u & ur hero. Farah kene take leave & spent time tgether with musab shaja. Nwdays, bnyk klas bantuan for parents yg mnghdapi masalah anak2 yg xxxaktif. Evrydy Farah MUST rmind musab yg skolah adalh tmpat utk blajr. Bring him to plyground stiap ptng klau blh & every wekend bawa gi jln2 supaya dia tahu mmbzakn empat bermain & tmpat blajar. Dkat rumah jgan push dia utk blajr, mlainkan dia minta. Slalu bacakn crita2 yg mnarik walaupn dlm kreta utk timbulkn mnat dia pada buku. Kalo Farah lmbat brtndak, tkut dia bosan gi skolah bila drjah 1 cz dh x bleh main. Farah kene kuat smangt & spent lbh masa utk musab brbandng mawaddah. Jgan ssekali Farah putus asa & plz luangkn masa utk Musab & bawa dia jlan2 every weekend spaya dia x bosan. Anak2 bersikap mcm tu kdang2 disebabkn kita para ibu bapa krang mmberi prhatian pd mreka. Ok, hope farah strong & rmember, our childrens are the best & rezeki from Allah. "ALLAH SENTIASA MENGUJI HAMBANYA YANG TERPILIH & YANG ALLAH SAYANGI"

Wan Ahmad Dani said...

Farra, I just perused from google for ADHD children and got this info. Hope this helps :-

Child & Adolescent Psychiatrists in Malaysia
Date: 16 April 2008

Child & Adolescent Psychiatrists in Malaysia (Ministry of Health & Universities)

Johor - Hospital Permai -Dr Aminah Kassim

Klang - Dr Fauziah

Kuala Lumpur - Dr Toh Chin Lee

Kuala Terengganu - Dr Nizam

Kubang Krian, Kelantan (USM) - Dr Mohd Jamil

Kuching - Dr Farahida

Penang - Dr Lai Fong Hwa

Selayang - Dr Fauzi

Taiping - Dr Eni Rohaiza

Universiti Malaya Medical Centre - Dr Aili Hanim

Universiti Kebangsaan Malaysia - Dr Susan Tan, Dr Salwina

or click www.psychiatry-malaysia.org/

ummi said...

akak nak bawak Iman lepas habis confinement nanti. mula2 nak pg paed dia then mintak suggestion nak buat apa lepas tu. kalau kena further treatment, husband akak suruh ambik cuti setahun or two untuk uruskan Iman. walaupun gitu, akak tetap sayangkan dia macam kakak jugak. cuma kdg2 kakak jeles sbb akak kena spend lebih masa dan perhatian kat Iman ni.

apa2 hal, bolehlah kita share experience.

Ummu Auni said...

auni still pakai pampers malam sebab aku malas nak kejut dia. but Alhamdulillah, sekarang dah pandai control bladder

y@tipruzz said...

i guess pampers mlm no big issue..idlan pon pakai..sbb still minum susu 2x tgh mlm...dan aku pon malas nak kejut.
Tryla jumpe paed..and cuba baca forum, sure ramai parents yg share experience derang in handling this type of kids.
Ntah2 bila derang besar suddenly perangai hyper tu ilang sendiri? cuba ko try research ...

Farra Da Smiley said...

Ogy and Yani- Thx a lot..not worry very much..dia boleh cakap dengan pelantnya....doa makan pon dah pandai

K. Tie-okis…. we can share our experience.

Eni- gitu la..malam kadang2 pampers penuh..kdg2 tak full pon

Yati- bagi aku biasa la bebudak..tade la risau sgt..dia mmg dah tak minum susu mlm masa tidur sejak 2 years ago ;)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...