Sunday, April 27, 2008

Main masak-masak

Sabtu pagi kami ke Klinik Panel untuk mendapatkan pandangan Dr kesukaan kami, Dr Azlina samada Mus'ab ini tergolong kanak-kanak ADHD atau tidak. Mengikut perbualan antara kami, masih terlalu awal untuk mengenalpasti. Dr berpendapat keaktifan Mus'ab adalah sesuai dengan umurnya sekarang. Kami juga tidak berjaya untuk menjawab semua soalan kuiz ADHD tempohari kerana terdapat soalan yang tidak relevan.

Alahai, dulu kita mula pergi tadikan pon umur 6 tahun. Saja kami nak menghantarnya ke PASTI supaya belajar bergaul. Apapon, mengajar anak-anak sendiri lagi puashati. Alahai, agak-agak boleh capai ke impian bekerja dari rumah? ;)

Sejak lepas ubahsuai, beginilah rupa bilik sebelah dapur. Dijadikan bilik belajar bersama anak-anak. Cakap Dr betul, anak lelaki memang tidak sesuai sangat dibandingkan anak perempuan. Anak perempuanku nampak lebih sket cakapnya.



Meja 'Nemo' tu baru dibeli semalam. Sesuai untuk 2 kanak-kanak yang sedang membesar belajar.

Hari ini seluruh keluargaku dijamu dengan Creme'O Cheesecake, asalnya biskut Oreo tapi diganti dengan Creme'O dari Jack & Jill. Sesuailah dengan Cheesecake ala-ala Malaysia :D. Resipinya lain dari yang lain. Saya dapat resipi dari RecipeZaar dengan sedikit modifikasi. Suami sendiri mengatakannya sedap! Mawaddah makan sampai 3 kali tambah. No wonder ler badan dia lebih gebu dari Mus'ab.




Percaya atau tidak sejak lahir saya tak pernah masak pulut. Makan pulut memang pandai dan suka sangat. Saya tengok emak buat macam senang tapi tak pernah cuba. Kalau teringin makan pulut mesti emak tolong masak pulut. Macam biasa sambalnya mesti la saya yang buat. Tapi hari ini saya dah tekad nak masak sendiri pulut. Hasilnya...

Sedap..sebab ianya pulut susu. Dimakan bersama sambal ikan bilis dan ikan masin ;) ehehe..terasa lawak pon ada. Masak pulut baru cuba hari ini :p

4 comments:

Dumuro said... Reply To This Comment

See Please Here

Wan Ahmad Dani said... Reply To This Comment

Farra, semalam kluar artikel kat Harian Metro pasal ADHD nie... memang age macam Mus'ab tak leh detect samada dia ADHD atau tidak.. terlalu awal untuk kita pastikan.. bila dah age 6 yrs macam tu baru leh detect... my little brother pun dulu pernah doc kata dia ADHD.. dah umur 2 tahun pun dia tak boleh bercakap... and terlalu aktif.. tak makan saman punyer budak... heheheh skang dah besar panjang.. dah dapat masuk MRSM pun... that's the 'hikmah'. Don't worry la Farra.. doa jer Mus'Ab OK... n kalau dia ada ADHD pun tak semestinyer sampai besar...

Farra said... Reply To This Comment

Yani, Dr suruh tgk sampai umur dia 5 tahun nanti..sebab sekarang 4 tahun pon belom lagi ..eh, toy Dani tertinggal lagi kat rumah ek last week?

Wan Ahmad Dani said... Reply To This Comment

hehehe tinggal lagi toy tue.. takpela Farra biar jerla kat umah Farra tu.. Dani pun dah besar taknak main tu dah.. skang dah pandai pilih patung ultraman heheheh... next time kalau tak lupa bila dtg umah Yani amik...harini puasa ganti (18 hari lagi nie) lapar plak tengok pulut tue... hmm next time open house leh la buat yerk...