Monday, April 14, 2008

KLIBF 08

Cadangnya Sabtu nak gi KLIBF. Tapi suami sibuk sangat dengan projek IT dia. Suami kata 2 hari ni memang nak pulun habeh projek dia tu. Aduih..nampak gaya takut melepas KLIBF. Saya takmo terlepas, so saya ajak Abah pergi sama. Kami gi naik motor jam 3 petang hari Ahad , sebelum hujan turun dengan lebatnya. Sebenarnya ada buku yang saya dah target nak beli tak jumpa. Pengajaran untuk tahun depan, jangan ingat tajuk buku saja, kene tahu publishernya sekali sebab gerai buku punyala banyak , ditambah orang macam kat chow kit road. Kalau tahu publisher senang la sket, cari buku pon boleh jimat masa.

Belanja semalam RM277 dan buku-bukunya mengikut kategori seperti berikut:
Anak-anak:
1) 2 set 'read and write on board'- sorang adik sorang abang supaya tak gaduh. Tapi gaduh jugakk ..huhu
2) Buku huruf & nombor - buku ni depa tak gaduh sangat
3) 2 VCD:Iqra' dan Cinta Allah
Pelaburan :
1) How Buffet Does it ~24 simple investing strategies from the world's greatest value investor
2) How to make money in stocks market
3) Rahsia melabur dalam unit amanah
Komunikasi:
1) Cara mudah belajar Bahasa Arab
2) Kamus Lengkap Arab-Melayu-Inggeris ( banyak benda nak pulun balik sebab banyak dah lupa, ni harapan untuk belajar semula Bahasa Arab sebelum menunaikan Fardu Haji)
3) 25 ways to win with people
Motivasi:
1) Tips menjadi wanita paling bahagia
Masakan:
1) Istimewa hidangan petang



Buku baru

Nak kata best sangat idokler sebab dapat diskaun hanya 10%. Kalau Kinokuniya atau MPH buat sales pon cenggitu then lagi best boleh cari buku yang kita nak. Saya sedih tak jumpa buku Baking / Cheesecake. Korang ada jumpa ker?

Kabinet buku kami bukan ditempah. Beli di kedai perabot biasa dengan harga RM420, beli tahun lepas. Majalah biasa macam Pa & Ma tak letak sini.

Cadangan minggu lepas nak buat Fruit Tart tak menjadi lagi. Hasilnya lepas balik dr KLIBF..

Pengumuman:

Smileycakes ~ kini menjual Cheesecake bersaiz kecil! Lihat sini

Nisastore ~ Bukan sahaja terdapat T-shirt muslimah design baru, malahan terdapat pelbagai produk iaitu Tudung Bawal, Kain Batik Kelantan dll. Selamat datang kepada rakan sepasukan baru saya, YatiPruz yang kini menyertai Nisastore ;) Siapa nak join lagi, silalah email saya. Kini lebih ramai usahawan tempatan sambilan yang akan dilahirkan melalui rangkaian blog Nisastore atau SmileyCakes. eheheh

3 comments:

ummi said...

kamus arab-melayu is especially penting when bila anak2 mula sekolah nanti. kdg2 dia bawak homework balik in bahasa arab, nganga ajelah mak dia nih. akak tak pernah belajar bahasa arab sepanjang hidup. maybe i should start nanti.

`Ain said...

Last day fara,mmg expected sesak kat bookfair tu.kami dulu pg umrah, dpt le practise b arab.tp, diorg bukannye cakap b arab lughah. depa cakap b arab pasar.bunyi amat berbeza.infact depa tu ada yg pandai berbahasa melayu lagi:)

Farra Da Smiley said...

k.tie-oo ye ker, mak pon kene belajor, kang anak lagi pandai susah pulak yer :D

k.ain- dulu sy pernah gak cakap Arab masa buat master UIA, tapi cakap arab ngan budak arab je la

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...