Wednesday, January 23, 2008

Byk plak cerita

Produk AdikBijak yang saya tempah minggu lepas dah pon sampai pada hari Isnin. Pada harga RM54.80 saya dapat VCD Tilmiz Doa Vol. 1 & Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan dan percuma VCD lagu membaca Al-Furqan, buku mewarna, sticker & ayat kursi. Setakat tiga hari ni nampaknya CD Barney masih memenangi carta VCD kanak-kanak kat rumah ni. Mungkin sebab depa belum faham sangat. Tapi sy akan tetap usaha bagi mereka jatuh cinta dengan Al-Quran.

Ubahsuai rumah dah masuk hari ke2. Dahtu hari ni pekerja-pekerja kontraktor tak mai mungkin sebab cuti Thaipusam. Hari ni saya dah berjaya alihkan almari buku dari ruang makan ke sebelah rak TV & 2 rak dari stor yang penuh barang dapur ke bahagian ruang makan. Tak lama lagi ruang tamu pon akan jadi ruang macam dapur! huh bersemak rasanya, tapi kene banyak bersabar & bertahan sampai ubahsuai dapur siap. Setakat ni aktiviti memasak masih berjalan macam biasa sebab mereka akan naikkan dinding bahagian luar dahulu. Habuk setakat ni belum banyak masuk dalam rumah. Sabtu ni baru cadangnya kami nak gi tengok & beli stove & hood. Emm, hood perlu ker ek?

Untuk jualan hari Khamis, jom beli Muffin Coklat @ Muffin Blueberry pada harga borong RM1/muffin. Tak buat banyak sangat pon, few ketul kami dah ngap!

Akhir sekali, kami dah gi tgk Saga BLM Ahad lepas. Ada banyak persoalan bermain difikiran:
1) Adakah ini kereta yang sesuai dengan duit poket kami?
2) Perlukah saya upgrade kereta Proton Saga saya sekarang tahun 1992 yang sarung kusyennya dah koyak & lusuh?
3) Sanggupkah saya menambah hutang sedangkan impian saya untuk mencapai Free Debt life in sangat2 kuat?
4) Mungkinkah saya perlu maintain aje kereta sekarang sebab setiap hari saya masih berjaya dibawa oleh Saga 92' ke pejabat sebelum 8.30pagi?

dan banyak lagi ???? Apapun saya masih belum ada perasaan untuk berkereta baru walaupun cik abang yang beriya syorkan saya perlu upgrade kereta. aku sayang sagaku! aku tade hutang..hahaha

6 comments:

Wan Ahmad Dani said...

First of all, thanks sebab semalam tolong carikkan baby sitter Dani... Auntie Nor tu nampak baik orangnyer, kalau dia sanggup nak jaga Dani, Yani tak kisah nak bayar dia berapa walaupun above market price...
hmm pasal proton tu memang sayang kan... masa kita kat Rawang lagi kereta tu dah ader... org kata tinggi sentimental valuenyer tu.. sama macam Yanie sayangkan Kancil Yanie... tahun nie usianyer 8 tahun.. tapi Kancil tu tak pernah langsung buat masalah.. skang nie husband bawak keluar masuk KL pun tak pernah meragam.. still sampai kat destinantion nyer... yang penting skali... free debt.. tu yg penting...

y@tipruzz said...

aku pon beli cd tilmiz merah tuh, dia baru tgk kejap..terus tukar cd power rangers huhu

Ummu Auni said...

lain kali buat jualan tu, email le aku :P

Farra Da Smiley said...

yani, u r welcome
sabtu ni cuba follow up lg dgn dia ok, nanti farra sms her tel no.

yati,beli cd power rangers kat ner?

aini, insyallah

y@tipruzz said...

pasar mlm jer...mystic force siri terbaru tuh ade kat tv skang ni...cd dia dh jadi collection, patung2 dia pon pruz byk beli hihi

`Ain said...

hehe...lama tak masuk blog ni. pegangan akak, selagi kereta tu boleh jalan, tak pyh tukar. tapi, kuasa membeli ni my hubby`s power.once dia nak sgt2, tak blh buat apa.cd tilmiz tu jd favorite cd utk abir & aufa especially masa nite2 time:)another cd is aa ba ta from kump ilham

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...