Semalam kali pertama saya jual CupCakes bukan berdasarkan tempahan. Asalnya kek tersebut ditempah oleh seorang pelanggan yang batalkan tempahan lepas kek dah siap. Dari 25 cuppies saya masukkan kepada 2 box setiap satu ada 9 cuppies. Lihat keknya disini. Mulanya risau takut tak laku, tapi lepas 30 minit broadcast email kepada beberapa kengkawan & pelanggan2 lepas, terus sold out kedua-dua boxes. Pelanggannya tak jauh pon, rakan-rakan pejabat yang lapar belum sarapan ;). Yang selebihnya ( kek yang ada dedikasi) saya & adik la yang habiskan.
Alhamdulillah, lain kali kalau ada lebih masa & tenaga nak juga cuba bawak kek/tart untuk dijual terus bukan berdasarkan tempahan. Nak test market sambil-sambil tambah pendapatan sampingan.
Jadi, berdasarkan pengalaman ini, saya memohon pelanggan yang budiman bayar at least 50% deposit semasa membuat tempahan. Tapi kalau pelanggan biasa, saya boleh consider tanpa deposit. Semua atas budi bicara ;)
Minta maaf kepada 3 rakan yang tak dapat saya buatkan keknya hari ini. Minggu ni tetiap hari saya balik dr pejabat lewat (sampai umah lepas maghrib). Tengahari pon tak rehat, kawan tolong tapaukan aje. Sampai umah dah penat sangat, still masak dinner, buat sayur goreng dan goreng nugget. Macam tu la biasanya bila masa tak cukup + kepenatan. Ni ha kain ada 2 bakul nak kene lipat esok.
Pasal Mus'ab, kami mungkin tak jadi daftarkan dia masuk PASTI sebab suami tercinta tak berapa yakin Mus'ab boleh bagitau Cikgu dia masa nak membuang air kecil/besar since dia dah tak pakai lampin ni. But as for me, I confident aje. Sekarang ni dia dah ada mini beg sekolah, buku warna, warna pensil yang saya belikan. Tetiap hari excited melukis itu ini, even before gi umah pengasuh pon mintak nak bawa buku. Buku warna dia & adik ada buku asing2, but pencil colour kene kongsi sebab sekejap sangat jangka hayatnya.
Friday, December 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)
✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...
-
Lagi-lagi dapat email orang fwd email pasal status Halal/Haram makanan last Fri. Yang bagusnya, aku dah ajar kengkawan pejabat untuk semak d...
-
Salam semua...saya benaunya dah lama benor nak buat sarung sofa sebab kami punya hak 6 tahun ni dah kotor..cuci2 pon takmo tanggal..sofa ni ...
-
"Apa kelebihan jadi dealer Public Gold?" Soalan yang sering saya dapat dari penyimpan emas. Kisah saya menjadi dealer Sejak mul...
2 comments:
pasal mus'ab tu, farra kena buat special arrangement dengan pengasuh tadika ttg toilet-training dia tu. i'm sure given many years in operation, diorang dah encounter macam2 benda. cam kakak dulu, kalau nak big business mesti nak pakai diapers so akak mmg bagitau in details perangai anak setiap sorang. so far alhamdulillah, diorang banyak membantu.
kak, sy dah discuss dengan cikgu dia semalam masa daftarkan dia harap2 semua ok
Post a Comment