JUmaat lepas, kali pertama aku join program Tiaranita, Hi-tea di Armada Hotel PJ. Aku sampai agak lewat dlm 15 minit, dah le pi sesorang, opismate dh pi awal/ada yg pi dr rumah coz cuti. Sebab lewat, aku kene dok belakang tiang sebelah pentas, dok sebelah MC, Sheila Rusly. Orangnya menarik, tinggi & petah bercakap. Pusing kiri dan kanan mmg tak jumpa langsung geng sama baya. Tapi aku mmg boleh aje get along. Kita network nak kene kuat kalau nk berniaga suatu hari nanti. Tapi dlm ketiadaan batch aku tu, tetiba masa nak pi amik makanan aku tertembung ngan ex-rumet aku yg dh lama gila tak jumpa, Zila yg mai ngan GM dia. Sonok & excited la aku. Masa persembahan Ajai & Marsha pon tak tengok sebab dok sakan borak ngan Zila. Rupanya dah beranak 2 juga le rumet aku ni. Insyallah tahun depan kami nak saing dapat anak sebaya plak. ehehe. Program Tiaranita ni memang meriah sungguh. Melaluinya banyak juga faedah disalurkan buat golongan wanita macam wujudnya Tiara Tots. Mungkin juga aku boleh salurkan cadangan utk buat ruang pejabat yang lebih friendly utk Mama bekerja yang memerah susu di pejabat.
Sabtu tengahari, kami ke walimatul urus adik angkat aku kat SAMER dulu, Nurul Farahana @ Putrajaya. Actually aku dh lama gila lost contact dgn dia. Tapi kenduri pon tak sempat nak borak sgt..later2 kita chat lg ok. Sabtu malam terpaksa hantar kids ke rumah emak coz kami gi kenduri kawan Master aku dulu Imi & Baha di De Palma Hotel. Makanan ala chinese food tu mmg sedap cuma 1 je yg aku tak bleh telan -shark fin soup. Ada 7 jenis makanan yg dihidang, kenyang sungguh. Makan best tapi still aku rasa tak happening sgt sebab : 1) ada kengkawan yg tak hadir even dah confirm nk mai 2) yg hadir semua dok scattered , kami dok semeja dgn orang yg tak kenal, tapi bleh je get along, cam biasa bila event dah nak abeh, aku panjangkan kaki ke sudut2 tertentu nak cari kengkawan Master, so dptla jumpa juga yg mana hadir . Kengkawan Master lain, awat sunyi aje tanpa berita?
Ahad plak: pagi kontraktor Cina mai tgk umah untuk berbincang projek ubahsuai dapur. Lagi 2-3 hari baru dapat quotation. Aku risau jugak kalau lebih dr bajet coz byk barang dh naik harga. Petang plak, arkitek mai untuk bincang pelan umah. Aku tension benornye ni coz dah 2 hari cari bil cukai tanah tak jumpa, dh cari kat umah n opis pon tak jumpa. Any idea? Aku target nak kasi semua dokumen lengkap + borang kat arkitek this week. Coz arkitek seperti berikut: Pelan RM100, Bayar deposit ke MPS utk sticker dan tong sampah besar RM500, upah arkitek RM500. So Total RM1100. Kelulusan bleh dpt dlm masa 2 hari.
Mawaddah- balutan kat tangan kami dah buka mulai semalam. Nampak makin ok. Dia cukup berhati-hati guna jari telunjuknya tak kira masa.
Mus'ab - malam masih pakai pampers. Bab cakap plak masih pelat kuat, yang boleh:
-Mama tanya: kenapa suara garau? Mus'ab Jawab : "Sakit Tekak"
- Nama apa? "Icap"
- Dah pandai jawab salam dengan elok " waalaikum salam"
- Dah elok kira "1-10 in BM & English"
- Mama tanya, nak gi sekolah tak? Dia jawab "Icap nak gi sekolah"
So ayahnya suggest nak merisik PASTI boleh terima tak budak 4 years yang belum pandai gi kencing sendiri dan basuh sendiri, meaning that yg kene guide lg. Then kalau boleh, mama ingat nak amik cuti the first & second day utk tgk dia boleh sesuaikan diri ke idak. Kalau asyik nak gaduh ngan kawan jek/ lawan cikgu terpaksala cancel.
Lagi satu, bab nak ajar Mus'ab guna Sippy cup, yakni tak guna botol susu belum mula lagi. Niat memang dah ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)
✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...
-
Lagi-lagi dapat email orang fwd email pasal status Halal/Haram makanan last Fri. Yang bagusnya, aku dah ajar kengkawan pejabat untuk semak d...
-
Salam semua...saya benaunya dah lama benor nak buat sarung sofa sebab kami punya hak 6 tahun ni dah kotor..cuci2 pon takmo tanggal..sofa ni ...
-
"Apa kelebihan jadi dealer Public Gold?" Soalan yang sering saya dapat dari penyimpan emas. Kisah saya menjadi dealer Sejak mul...
No comments:
Post a Comment